1. Apakah fungsi I-KPKT ?

Institut Latihan Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (I-KPKT) adalah sebuah pusat latihan awam di bawah Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang berperanan untuk melaksanakan latihan mengenai penempatan manusia, persekitaran dan kualiti hidup, perancangan dan pengurusan bandar serta perkhidmatan perbandaran melalui kajian ke atas demografi, migrasi, sosio budaya, ekonomi, pembangunan teknologi, pengurusan, perubahan teknologi dan perkembangan semasa pentadbiran negara.

 

2. Siapakah yang layak berkursus di I-KPKT ?

Kesemua penjawat awam termasuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) layak berkursus di I-KPKT.

 

3. Bagaimanakah cara untuk memohon kursus / fasiliti di I-KPKT ?

Permohonan di bawah KPKT  boleh dibuat secara online (atas talian) melalui Laman Web I-KPKT http://ikpkt.kpkt.gov.my melalui langkah-langkah berikut:

1.    Klik pada menu Peserta dan pilih link Permohonan Kursus.
2.    Pilih nama kursus dalam takwim Sistem Latihan Bersepadu (SLB)
3.    Bagi peserta belum mendaftar SLB, sila daftar akaun
4.    Bagi peserta yang telah mendaftar akaun SLB sila masukkan ID Pengguna & Kata Laluan
5.    Klik pada Daftar/ Mohon Kursus 

Atau klik terus pautan Sistem Latihan Bersepadu iaitu http://slb.kpkt.gov.my

Permohonan selain dari KPKT / Agensi Luar boleh dibuat secara atas talian (online) melalui portal 1MTC atau pautan berikut https://app.1mtc.gov.my

Perhatian kepada peserta / urusetia kursus : Sila patuhi peraturan permohonan penggunaan I-KPKT sebagai tempat latihan oleh agensi di bawah kpkt / agensi luar yang tertera di Laman Web I-KPKT

 

4. Bagaimana untuk menyemak status permohonan kursus ?

Pemohon boleh menyemak keputusan permohonan 2 minggu sebelum tarikh kursus dijalankan atau menghubungi terus urusetia kursus yang berkaitan.

 

5. Siapakah yang boleh dihubungi untuk membuat sebarang pertanyaan lanjut mengenai sesuatu kursus yang telah dijadualkan ?

Maklumat urusetia kursus yang berkenaan disertakan pada maklumat kursus di dalam katalog kursus pada Laman Web I-KPKT atau pada pautan http://slb.kpkt.gov.my manakala permohonan melalui portal 1MTC boleh terus hubungi urus setia I-KPKT di talian 09-222 9000

MOHD FIRDAUS BIN MOHAD SEKERI (SAMBUNGAN 2888)
MOHD SYARKAWI BIN IBRAHIM (SAMBUNGAN 1888)   

 

6. Bagaimana hendak membuat bayaran makan minum dan dobi bagi kursus selain KPKT / Agensi Luar ?

Bayaran bagi makan minum dan dobi mestilah dibuat secara Pesanan Tempatan (L.O) menggunakan syarikat yang disyorkan oleh I-KPKT. Urusetia dikehendaki menghubungi syarikat yang disyorkan oleh I-KPKT bagi urusan pengeluaran L.O berkenaan. Satu salinan L.O bayaran kepada syarikat tersebut hendaklah diserahkan semasa menghadiri sesi taklimat urus setia untuk perhatian Pengarah I-KPKT. Maklumat berkenaan perkhidmatan dobi dan katering akan diberikan oleh pihak I-KPKT selepas permohonan diluluskan.

Institut Latihan Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (I-KPKT)
KM 48, Persimpangan Bertingkat Lebuhraya Karak, 28750 Berjaya Hills, Bukit Tinggi, Pahang Darul Makmur

Tel: 09-222 9000 Faks: 09-222 9014
Email: il.admin@kpkt.gov.my