KEMUDAHAN

Menawarkan fasiliti yang terbaik untuk peserta kursus dan kakitangan di I-KPKT

PENGENALAN

Institut Latihan Perumahan dan Kerajaan Tempatan (I-KPKT) adalah berhasrat untuk menjadikan perpustakaan sebagai pusat rujukan yang menyediakan maklumat berkaitan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Pihak Berkuasa Tempatan mengenai dasar-dasar semasa kerajaan yang secara langsung menyentuh pembangunan penempatan manusia dan kerajaan tempatan seperti Dasar Perbandaran Negara, Dasar Perumahan Negara, Dasar Pengurusan Sisa Pepejal Negara dan lain-lain.

 

OBJEKTIF

  • Berfungsi sebagai Pusat Maklumat dan Rujukan kepada kakitangan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Pihak Berkuasa Tempatan serta peserta kursus.
  • Membantu dan memberi sokongan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Pihak Berkuasa Tempatan dalam menjalankan penyelidikan dan penyimpanan serta pengumpulan maklumat yang berkaitan dengan perancangan bandar dan urbanisasi, pengurusan sisa pepejal, perumahan, kerajaan tempatan, pengurusan landskap, dan pemahaman perundangan dan penguatkuasaan.

 

WAKTU PERKHIDMATAN

Hari

Waktu Perkhidmatan

Isnin – Jumaat

8.00 pagi – 5.00 petang

Sabtu, Ahad, & Cuti Am

Perpustakaan Tutup

Waktu perkhidmatan selain daripada waktu di atas adalah mengikut keperluan dan atas permintaan pelanggan.

 

PERKHIDMATAN

  1. Bacaan Bahan-bahan Bercetak
  2. Akhbar Tempatan
  3. Kandungan Majalah Terkini
  4. Ruang Perbincangan
  5. Internet
More in this category: « Rekreasi