• Melaksanakan latihan mengenai penempatan manusia, persekitaran dan kualiti hidup, perancangan dan pengurusan bandar serta perkhidmatan perbandaran melalui kajian ke atas demografi, migrasi, sosio budaya, ekonomi, pembangunan teknologi, pengurusan, perubahan teknologi dan perkembangan semasa pentadbiran negara.
  • Menyediakan kertas-kertas makluman untuk dibentangkan di peringkat kebangsaan dan persidangan antarabangsa dalam menangani isu-isu berkaitan perumahan dan kerajaan tempatan.
  • Membantu mengenalpasti isu dan masalah semasa dalam konteks perbandaran negara dan seterusnya memperakukan kaedah perancangan dan cadangan dasar.
  • Menawarkan khidmat nasihat dan pakar runding bagi penggubalan dasar, perancangan dan strategi pelaksanaan program dan aktiviti dalam sektor berkaitan.
  • Melaksanakan program latihan kepada semua peringkat personel dalam sektor berkaitan bagi meningkatkan pengetahuan, kemahiran teknikal dan pentadbiran.
  • Menganjurkan persidangan, seminar dan bengkel berkaitan perumahan dan kerajaan tempatan di peringkat tempatan dan antarabangsa.
  • Menyalurkan maklumat terkini berhubung dengan perubahan dasar dari semasa ke semasa.
  • Menggubal kurikulum, merancang, melaksana, menyediakan garis panduan pelaksanaan kursus  dan laporan penilaian kursus yang berkaitan.

Institut Latihan Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (I-KPKT)
KM 48, Persimpangan Bertingkat Lebuhraya Karak, 28750 Berjaya Hills, Bukit Tinggi, Pahang Darul Makmur

Tel: 09-222 9000 Faks: 09-222 9014
Email: il.admin@kpkt.gov.my