Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia,

Kita sedia maklum akan hakikat bahawa yang pasti kita memerlukan sebuah perkhidmatan awam yang efektif. Menerusi aspirasi nasional “1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” dan gagasan “Merakyatkan Perkhidmatan Awam”, kita penjawat awam perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan, sifat kedinamikan jati diri dan berjiwa rakyat. Mengamati seruan ini lensa keupayaan dan kebolehan modal insan KPKT dan PBT, maka I-KPKT merencana hala tuju latihan dan strategi pembelajaran KPKT dan PBT ke arah memacu kedinamikan perubahan dengan lebih bermakna. Kita seharusnya mencontohi Sir Winston Churcill yang menyatakan “Kerajaan masa depan adalah kerajaan berfikir.” untuk menjadikan perkhidmatan awam yang lebih relevan dalam konteks masa kini.

Dalam cabaran realiti baru, kita sedia maklum akan hakikat bahawa yang pasti hanyalah perubahan dan semestinya I-KPKT perlu membawa dan melahirkan penjawat awam KPKT dan PBT yang kompeten menerusi aktiviti peningkatan kapasiti dan latihan dalam bidang Kerajaan Tempatan, Perancangan Bandar dan Urbanisasi, Pengurusan Landskap, Perumahan, Pemahaman Undang-undang dan Pengurusan Sisa Pepejal. Pengurusan I-KPKT komited untuk terus memberi tambah nilai kepada upskilling penjawat awam PBT menerusi program bina upaya I-KPKT dan kerjasama pintar dengan agensi-agensi berkepentingan dari semasa ke semasa.

Bagi memastikan keberkesanan latihan, selain usaha I-KPKT membangun modul latihan yang relevan dan berkualiti, pengukuhan peranan I-KPKT juga dikayakan dengan stimulus idea dan kretiviti yang akan menjadi springboard untuk melonjakkan prestasi pembelajaran berterusan kita agar lebih baik dari orang lain. Idea yang terpilih akan direalisasikan dan dilaksanakan serta-merta agar memberi faedah bersama.

Selamat melayari laman sesawang I-KPKT. Kami gembira dapat membawa kita bersama-sama menelusuri informasi institusi ini. Semoga kita diberi kesempatan untuk bersua muka dan mengeratkan silatulrahim di kampus I-KPKT di Bukit Tinggi, Pahang.


Pengarah
Institut Latihan Kesejahteraan Bandar,
Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Kursus Penutupan Selamat dan Pengurusan Pasca Pentupan Tapak Pelupusan Siri 2 -
 
 

Institut Latihan Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (I-KPKT)
KM 48, Persimpangan Bertingkat Lebuhraya Karak, 28750 Berjaya Hills, Bukit Tinggi, Pahang Darul Makmur

Tel: 09-222 9000 Faks: 09-222 9014
Email: il.admin@kpkt.gov.my