Pusat Pengajian Perancangan Bandar & Urbanisasi

PENGENALAN

Pusat Pengajian Perancangan Bandar dan Urbanisasi menyediakan latihan kepada semua Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa serta Pegawai Perancang Bandar dan Desa di agensi Persekutuan, Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berkaitan bidang perancangan bandar dan urbanisasi. Pusat pengajian ini menyediakan latihan secara teori dan praktikal berlandaskan hasrat menjadikan peserta yang hadir dari setiap agensi dapat mempraktikkan segala ilmu yang diperolehi untuk diaplikasikan di agensi masing-masing. Modul yang dicerapkan adalah berlandaskan kepada tugas hakiki Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa dan Pegawai Perancang Bandar dan Desa selari dengan perkembangan semasa perancangan Bandar dan urbanisasi yang kian kompleks dan dinamik. Pendedahan teori dan sessi hands-on perancangan bandar dan urbanisasi mampu meningkatkan lagi kualiti dan produk perancangan bandar dan urbanisasi selari dengan keperluan semasa.

OBJEKTIF

Pusat Pengajian Perancangan Bandar dan Urbanisasi merupakan pusat pengajian yang penting kerana salah satu fungsi mandatori Pihak Berkuasa Tempatan adalah perancangan dan pembangunan bandar. Pusat ini akan memberi peluang kepada kakitangan PBT dan lain-lain agensi kerajaan yang menjalankan tugas-tugas perancang bandar mengenai proses, prosedur dan tatacara perancangan bandar dalam pentadbiran dan kerja-kerja teknikal harian di agensi masing-masing. Secara amnya, pusat ini akan mengendalikan:

  1. Pengurusan Dan Pelaksanaan One Stop Centre
  2. Amalan dan prosedur Permohonan Kebenaran Merancang
  3. Certificate Of Completion And Compliance (CCC)
  4. Pengurusan Pembangunan Bandar
  5. Forward Planning
  6. Rancangan Pemajuan (Rancangan Fizikal Negara, Dasar Perbandaran Negara, Dasar Perancangan Fizikal Desa Negara, Rancangan Struktur, Rancangan Tempatan Dan Rancangan Kawasan Khas atau Pelan Tindakan Khas)
  7. Kawalan Pembangunan
  8. Bandar Selamat (Safe City Initiatives)
  9. Murni Net
  10. Rancangan Pembangunan Dan Penempatan Kampung Tradisional
  11. Penyediaan Pelan-pelan Projek Khas
  12. Perundangan dan Garis Panduan Perancangan
  13. Geospatial Information System (GIS) dan Autocad
  14. National Urban Agenda (NUA)
  15. Heritage and Conservation Management


Muat Turun
Nota
Muat Turun
Takwim