Pusat Pengajian Pengurusan Landskap

PENGENALAN

Pusat Pengajian Pengurusan Landskap menyediakan latihan dalam bidang landskap kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta penjawat awam dari sector/agensi awam yang berkaitan bidang seni bina landskap dan hortikultur khasnya skim perkhidmatan Gred J dan Gred G. Pusat pengajian ini menyediakan latihan secara teori dan amali berlandaskan hasrat menjadikan peserta yang hadir dari setiap PBT dapat mempraktikkan segala ilmu yang diperolehi untuk diaplikasikan di PBT masing-masing. Modul yang dicerapkan khusus di dalam bidang pengurusan dan penyenggaraan landskap selain memberi pendedahan mengenai tugas dan tanggungjawab berkaitan kerja-kerja perlandskapan dan hortikultur kepada mereka yang kurang berkemahiran dan berpengetahuan dalam bidang ini. Pendedahan teori dan sesi hands on pengurusan landskap mampu meningkatkan kualiti pengurusan dan penyelenggaraan landskap serta secara tidak langsung membantu dalam mengurangkan kos peruntukkan penyelenggaraan PBT.

 

OBJEKTIF

  1. Meningkatkan kefahaman, pengetahuan, kemahiran dan kepakaran peserta kursus yang terlibat secara hands-on di dalam menjalankan peranan dan fungsi perancangan, pelaksanaan, pembangunan, penyelenggaraan dan kawal selia landskap.
  2. Mempastikan pengurusan dan penyelenggaraan landskap sentiasa berada pada tanda aras tinggi dan memuaskan hati Warga PBT.
  3. Membantu PBT merancang dan menjana peruntukan pembangunan serta penyelenggaraan landskap dan hortikultur dengan lebih sistematik dan efisyen.


Muat Turun
Nota
Muat Turun
Takwim