KURSUS PUSAT PENGAJIAN I-KPKT  MENERUSI STRATEGI LAUTAN BIRU KEBANGSAAN (NBOS) BERSAMA INTAN KAMPUS SABAH

 

5-7 SEPTEMBER 2017 – Institut Latihan Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (I-KPKT) telah memilih Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Kampus Sabah sebagai rakan kerjasama NBOS siri pertama yang diadakan di Sabah. Majlis penutupan yang gilang-gemilang telah disempurnakan oleh Tuan Khairul Nizam bin Othman, Pengarah I-KPKT. Majlis juga turut dihadiri oleh Timbalan Pendaftar INTAN Kampus Sabah, Puan Ervinah Kebahi @ Syarafina binti Ibrahim serta Ketua-Ketua Pusat Pengajian I-KPKT .

Kursus yang berlangsung selama tiga (3) hari itu dikendalikan sepenuhnya oleh pegawai-pegawai di Unit Pusat Pengajian I-KPKT dan dibantu oleh pegawai INTAN Kampus Sabah. Empat (4) kursus yang dilaksanakan adalah Bengkel Aplikasi Drone Bagi Meningkatkan Keberhasilan Tinjauan Dan Pemantauan Yang Efektif, Kursus Pemahaman Asas Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam, Kursus Pendedahan Kemahiran Dan Pengetahuan Untuk Melakasanakan Tugas Sebagai Pegawai Penyiasat dan Kursus Teknikal Landskap Modul 4- Arborikultur. Kursus-kursus ini telah dihadiri peserta seramai 156 orang peserta yang terdiri daripada PELBAGAI agensi, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) negeri Sabah dan jabatan-jabatan kerajaan dari negeri Sabah.

 

 

Institut Latihan Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (I-KPKT)
KM 48, Persimpangan Bertingkat Lebuhraya Karak, 28750 Berjaya Hills, Bukit Tinggi, Pahang Darul Makmur

Tel: 09-222 9000 Faks: 09-222 9014
Email: il.admin@kpkt.gov.my