KURSUS PUSAT PENGAJIAN I-KPKT  MENERUSI STRATEGI LAUTAN BIRU KEBANGSAAN (NBOS) BERSAMA INTAN KAMPUS SARAWAK

 

24-26 OKTOBER 2017 – Institut Latihan Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (I-KPKT) telah memilih Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Kampus Sarawak sebagai rakan kerjasama NBOS siri kedua yang diadakan di Sarawak. Majlis penutupan yang gilang-gemilang telah disempurnakan oleh Tuan Khairul Dzaimee bin Daud, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Majlis juga turut dihadiri oleh Tuan Khairul Nizam bin Othman, Pengarah I-KPKT dan Puan Wong Hee , Penolong Pengarah INTAN Kampus Sarawak.

Kursus yang berlangsung selama tiga (3) hari itu dikendalikan sepenuhnya oleh pegawai-pegawai di Unit Pusat Pengajian I-KPKT dan dibantu oleh pegawai INTAN Kampus Sarawak. Enam (6) kursus yang dilaksanakan adalah Kursus Pemahaman Asas Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam, Kursus Penilaian dan Kadaran PBT, Kursus Aplikasi Drone Bagi Meningkatkan Keberhasilan Tinjauan Dan Pemantauan Yang Efektif, Kursus Proses Dan Prosedur Perancangan Negeri Sarawak, Kursus Master Gardener Modul 6 – Pembajaan Pokok Ameniti, Pembajaan Kimia dan Penyediaan Kompos/Bahan Organik; dan Kursus Pendedahan Kemahiran dan Pengetahuan Untuk Melaksanakan Tugas Sebagai Pegawai Penyiasatan.           Kursus-kursus ini melibatkan peserta seramai 220 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai agensi, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) negeri Sarawak dan jabatan-jabatan kerajaan dari negeri Sarawak. 

Institut Latihan Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (I-KPKT)
KM 48, Persimpangan Bertingkat Lebuhraya Karak, 28750 Berjaya Hills, Bukit Tinggi, Pahang Darul Makmur

Tel: 09-222 9000 Faks: 09-222 9014
Email: il.admin@kpkt.gov.my