Ringkasan Keperluan Latihan Pelanggan

  • Semua Pegawai dan Penjawat Awam Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT),Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT)
  • Semua Pegawai dan Penjawat Awam Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
  • Agensi Kerajaan dan Badan Berkanun

 

Kursus Penarafan Bintang Tandas Awam di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Siri 1, 2 & 3

Tandas-tandas awam yang terdapat di negara ini diuruskan PBT iaitu tandas-tandas milik PBT. Manakala tandas-tandas bukan milik PBT, diuruskan oleh pengendali persendirian atau pemilik premis tersebut. Tahap kebersihan tandas awam sering dipaparkan di media massa dan juga diutarakan hingga di Parlimen dan Mesyuarat Jemaah Menteri dengan mesej bahawa tandas-tandas awam di Malaysia masih kotor. Senario ini tidak terhad kepada tandas-tandas lama tetapi juga tandas-tandas awam di bangunan-bangunan baru. Atas kesedaran tersebut, Pusat Pengajian Pengurusan Kerajaan Tempatan, I-KPKT dengan kerjasama Bahagian Kesihatan Persekitaran, JKT mengambil inisiatif untuk mengadakan Kursus Penarafan Bintang Tandas Awam Di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi membantu PBT menangani masalah isu kebersihan tandas awam di kawasan mereka.

Objektif-objektif program latihan adalah seperti berikut :

  • Meningkatkan pengetahuan anggota berkaitan dengan kaedah star rating tandas awam.
  • Meningkatkan kemahiran anggota berkaitan kaedah kaedah penilaian star rating tandas awam.
  • Menyeragam kaedah penilaian star rating tandas awam.

Kandungan program latihan :

  •     Demonstrasi Video penyenggaraan Tandas Awam
  •     Kriteria Pengauditan Tandas Yang Berkualiti
  •     Cabaran Dan Pengalaman Dewan Bandaraya Kuching Utara Dalam
  •     Menguruskan Tandas Awam
  •     Penyelenggaraan Tandas Awam
  •     Lawatan praktikal aktiviti Penarafan Bintang Tandas Awam dikawasan
  •     Majlis Daerah Bentong, Pahang
  •     Kerja berkumpulan – Penyediaan laporan
  •     Pembentangan kumpulan dan sesi soal jawab bersama Panel

 

Kursus Panel Penilai Pertandingan Anugerah Tandas Bersih 1 Malaysia

Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah memperkenalkan pertandingan Anugerah Tandas Bersih 1Malaysia bermula tahun 2010 dan kategori yang dipertandingkan telah meningkat dari 6 kategori pada tahun 2010 kepada 12 kategori pada tahun 2014. Pemilihan kategori di atas adalah kerana tandas -tandas awam sebegini sering menjadi tumpuan orang awam samada pelancong luar atau tempatan. Sejak pertandingan ini dianjurkan pada 2010 hingga 2013 penyertaan semakin meningkat. Sebagai perbandingan sejumlah 398 permohonan telah diterima pada tahun 2013 untuk menyertai pertandingan ini berbanding hanya 98 permohonan pada tahun 2010, tahun ia diperkenalkan. Ini membuktikan bahawa masyarakat umum, khususnya daripada kategori-kategori yang dipertandingkan telah mempunyai kesedaran yang baik mengenai kepentingan penjagaan sanitasi tandas awam. Atas kesedaran tersebut, Pusat Pengajian Pengurusan Kerajaan Tempatan, i-KPKT dengan kerjasama Bahagian Kesihatan Persekitaran, Jabatan Kerajaan Tempatan mengambil inisaitif untuk mengadakan kursus Panel Penilai Pertandingan Anugerah Tandas Bersih 1Malaysia Tahun 2015, bagi memastikan anggota panel yang dilantik mendapat pendedahan dan latihan yang secukupnya sebelum melaksanakan tugasan yang diberikan.

Objektif-objektif program latihan adalah seperti berikut :

Memberi pendedahan dan latihan kepada Panel Penilai yang terdiri daripada wakil agensi kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) dalam menilai tandas-tandas awam yang tercalon diperingkat akhir berdasarkan format penilaian tandas bersih yang disediakan oleh Jabatan kerajaan Tempatan.
Menghasilkan satu kesaragaman dalam penilaian tandas yang tercalon di peringkat akhir.

Kandungan program latihan :

  •     Taklimat Garis Panduan Star Rating Kebersihan Tandas Awam di PBT
  •     Taklimat Manual Dan Borang Pengauditan Tandas Awam
  •     Laporan pengauditan & Pemarkahan
  •     Lawatan praktikal aktiviti Penarafan Bintang Tandas Awam dikawasan
  •     Majlis Daerah Bentong, Pahang
  •     Kerja berkumpulan – Penyediaan laporan
  •     Pembentangan kumpulan dan sesi soal jawab bersama Panel

 

Kursus Promosi Keselamatan Makanan di Pihak Berkuasa Tempatan

Pekeliling Ketua Setiausaha Kementerian Kesajahteran Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Bilangan 2 Tahun 2014 - Garis Panduan Sistem Penggredan Premis Makanan di Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan dikeluarkan untuk memberi panduan kepada pegawai-pegawai di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang bertanggungjawab dalam aktiviti-aktiviti berkaitan keselamatan makanan. Atas kesedaran tersebut, Pusat Pengajian Pengurusan Kerajaan Tempatan, i-KPKT dengan kerjasama Bahagian Kesihatan Persekitaran, Jabatan Kerajaan Tempatan mengambil inisaitif untuk mengadakan Kursus Promosi Keselamatan Makanan di Pihak Berkuasa Tempatan bagi memastikan anggota PBT mendapat pendedahan dan latihan yang secukupnya sebelum melaksanakan tugasan yang diberikan.

Objektif-objektif program latihan adalah seperti berikut:

  • Memberi pendedahan kepada pengenalan kepada konsep promosi keselamatan makanan dan kepentingannya.
  • Memberi pengetahuan berkaitan teknik-teknik promosi keselamatan makanan dan kaedah bersesuaian.
  • Mengaplikasikan kaedah dan teknik dalam mempromosikan keselamatan makanan dalam kawasan PBT

Kandungan program latihan :

  •     Pengenalan kepada konsep promosi keselamatan makanan dan kepentingannya
  •     Kaedah dan Teknik Promosi Keselamatan Makanan
  •     Komunikasi dalam Promosi Keselamatan Makanan
  •     Lawatan praktikal dikawasan Majlis Daerah Bentong, Pahang
  •     Kerja berkumpulan – Penyediaan laporan
  •     Pembentangan kumpulan dan sesi soal jawab bersama Panel

 

Kursus Kawalan Tikus di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Siri 1, 2 & 3

Setiap tahun, pihak berkuasa tempatan sering menerima aduan daripada orang awam mengenai tikus yang menyebabkan kerosakan kepada harta benda dan bekalan makanan di kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan. Selain merosakkan harta benda, kebakaran akibat kerosakan wayar elektrik, tikus juga boleh mendatangkan penyakit dan menimbulkan risiko yang serius kepada kesihatan awam. Tikus juga boleh memindahkan penyakit secara langsung kepada manusia melalui luka gigitan atau memakan makanan atau minum air yang tercemar dan juga secara tidak langsung melalui kutu, hama, dan kutu tikus yang dijangkiti kepada manusia. Kehadiran tikus di premis-premis juga mengambarkan tahap kebersihan yang kurang memuaskan dan boleh menjejaskan nilai estetik di kawasan pihak berkuasa tempatan tersebut. Atas kesedaran tersebut, Pusat Pengajian Pengurusan Kerajaan Tempatan, i-KPKT dengan kerjasama Bahagian Kesihatan Persekitaran, Jabatan Kerajaan Tempatan mengambil inisaitif untuk mengadakan kursus kawalan rodensia bagi membantu Pihak Berkuasa Tempatan dalam menangani masalah tikus di kawasan mereka.

Objektif-objektif program latihan adalah seperti berikut :

  • Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran anggota di Pihak Berkuasa Tempatan mengenai kawalan tikus yang berkesan
  • Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kawalan tikus di kalangan anggota di PBT
  • Memantapkan aktiviti kawalan tikus di PBT

Kandungan program latihan :

  • Pengenalan tikus dan penyakit-penyakit berkaitan tikus
  • Kaedah kawalan kimia
  • Kaedah kawalan fizikal dan mekanikal
  • Pelupusan tikus dan pengurusan data
  • Peruntukan perundangan bagi kawalan tikus
  • Lawatan praktikal aktiviti kawalan tikus bersama DBKL untuk melihat perlaksanaan aktiviti kawalan tikus.
  • Kerja berkumpulan – Penyediaan laporan
  • Pembentangan kumpulan dan sesi soal jawab bersama Panel

 

Sistem Penyampaian Program Latihan

Program Latihan akan menggunakan metodologi seperti berikut :

  • Teori/Kuliah
  • Praktikal
  • Sumbangsaran dan Kerja Kumpulan
  • Interaktif
  • Penilaian/kefahaman

Medium Latihan yang akan digunakan termasuk :

Teori/Kuliah/syarahan

  • Power point
  • White board
  • Flip chart

Praktikal/Amali

  • Pertunjukan kaedah
  • Peralatan/mesin/jentera
  • Penglibatan peserta

Sumbangsaran dan Kerja Kumpulan

  • Perbincangan
  • Kerja Kumpulan
  • Persembahan Kumpulan

Interaktif

  • Dialog
  • Soal jawab

Penilaian/Kefahaman

  • Maklum balas peserta
  • Ujian bertulis
  • Ujian lisan

Proses-proses berikut akan digunakan untuk menilai keberkesanan Program Latihan :

  • Penilaian oleh peserta menggunakan Borang Penilaian Kursus
  • Kajian Keberkesanan Kursus samada secara manual atau melalui Sistem Latihan Bersepadu (SLB)

Institut Latihan Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (I-KPKT)
KM 48, Persimpangan Bertingkat Lebuhraya Karak, 28750 Berjaya Hills, Bukit Tinggi, Pahang Darul Makmur

Tel: 09-222 9000 Faks: 09-222 9014
Email: il.admin@kpkt.gov.my