azah

Ketua Pusat Pengajian Pemahaman dan Penguatkuasaan Undang-Undang

Pegawai Undang-Undang (buat sementara waktu ditanggung oleh: LAr. Nor Azah Abdul Aziz)

Pegawai Pusat Pengajian Pemahaman dan Penguatkuasaan Undang-Undang

Muhammad Hakim bin Harianto

           azah

Ketua Pusat Pengajian Pemahaman dan Penguatkuasaan Undang-Undang

Pegawai Undang-Undang (buat sementara waktu ditanggung oleh: LAr. Nor Azah Abdul Aziz)

Pegawai Pusat Pengajian Pemahaman dan Penguatkuasaan Undang-Undang

Muhammad Hakim bin Harianto

Ringkasan Keperluan Latihan Pelanggan



Organisasi Pelanggan:

  • Semua Pegawai dan Penjawat Awam Bahagian/Jabatan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)
  • Semua Pegawai dan Penjawat Awam Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
  • Agensi Kerajaan dan Badan Berkanun
  • Keutamaan kepada penjawat awam yang bertugas di Jabatan / Bahagian / Seksyen / Unit Penguatkuasaan Undang-Undang

A. Keperluan Organisasi
 
(i) Kekurangan yang dikenal pasti:


a) Di antara fungsi dan peranan Organisasi Penguatkuasaan Undang-Undang di setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah untuk mewujudkan pusat ilmu dalam bidang perundangan dan penguatkuasaan bagi semua penjawat awam di dalam gred L dan penjawat awam yang memerlukan pengetahuan dan latihan bersangkutan bidang perundangan dan penguatkuasaan.  Asas utama adalah untuk memastikan setiap kumpulan pegawai Pengurusan Dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana di dalam skimj Perundangan menjadi kompeten serta efisyen dalam bidang perundangan.   Terutama pegawai-pegawai di PBT yang berperanan memandu dan mengawal pembangunan dan melaksanakan penguatkuasaan serta melestarikan bidang perundangan melalui perlaksanaan dasar dan mengaplikasikan peraturan dan perundangan. Terdapat 149 Pihak Berkuasa Tempatan di seluruh Negara yang boleh dibahagi kepada tiga (3) kategori berbeza di segi saiz dan taraf iaitu Dewan Bandaraya, Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah. Pecahannya adalah  12 buah Dewan/Majlis Bandaraya (DB / MB), 39 buah Majlis Perbandaran (MP) dan 98 buah Majlis Daerah  (MD). Terkini ialah Majlis Daerah Putatan dan Majlis Daerah Pitas, Sabah
Terdapat juga beberapa badan lain yang diberi kuasa oleh Kerajaan Negeri masing-masing untuk melaksanakan fungsi-fungsi PBT seperti  PBT Kulim Hi-Tech,  Lembaga Kemajuan Bintulu, Perbadanan Putrajaya dan sebagainya. Setiap PBT mempunyai Unit/Bahagian/Jabatan yang menjalankan peranan dan fungsi perancangan, pelaksanaan dan penguatkuasaan, serta kawal selia persekitaran. Sebahagian besar setiap PBT telah mempunyai Organisasi Undang-Undang manakala sebahagian PBT yang lain menempatkan Unit Direktorat dan Penguatkuasaan di bawah Jabatan Pentadbiran dan ada sebahagian kecil PBT yang tidak mempunyai organisasi Undang-undang yang jelas dan tugas penguatkuasaantersebut diletakkan di bawah tanggung jawab mana-mana organisasi lain yang dianggap lebih praktikal dan sesuai secara ad-hocs.

b) Kekurangan peluang dan kemudahan latihan serta pembangunan modal insan di kalangan warga kerja Organisasi Undang-undang di setiap PBT menyebabkan pelbagai isu dan masalah mengenai perundangan dan penguatkuasaan tidak dapat diuruskan secara efisien, teratur dan berkesan. Ia menyumbang kepada tahap dan kualiti pengurusan dan pentadbiran Undang-undang yang tidak memuaskan.  Ini memberi implikasi negatif kepada warga PBT samada jangka pendek atau jangka masa panjang.

c) Pembangunan modal insan di segi pengetahuan teori, kemahiran teknikal, kecekapan dan inovasi secara lansung menyumbangkan kepada pengurusan undang-undang dan penguatkuasaan yang cekap dan value for money ke arah memastikan tahap penguatkuasaan Undang-undang di setiap PBT sentiasa dalam keadaan baik dan memuaskan.

(ii) Aspek-aspek yang memerlukan latihan:

Dalam mencapai objektif di atas, warga Organisasi Undang-undang di setiap Jabatan dan PBT akan dilatih dalam skop dan bidang berikut:
 
a) Pengurusan dan Pengendalian Tatatertib dan Pendakwaan
b) Perancangan dan Pengurusan Asas Deraf Perjanjian Kontrak Kerajaan
c) Pengurusan Strategi Perbicaraan dan Rayuan
d) Teknik Asas Penggubalan Teks Perundangan

B. Keperluan Individu di Organisasi:

Kekurangan yang dikenal pasti:

a) Kekurangan pengetahuan, kemahiran, pendedahan dan latihan secara khusus dalam bidang pengurusan dan pengendalian penguatkuasaan undang-undang.
b) Tugas dan tanggungjawab Kerja-kerja berkaitan pengurusan dan penguatkuasaan undang-undang dilaksanakan oleh kakitangan yang tidak mempunyai pengetahuan dan kepakaran.

Objektif Program Latihan

  1. Meningkatkan kefahaman, pengetahuan, kemahiran dan kepakaran peserta kursus yang terlibat  secara hands-on di dalam menjalankan peranan dan fungsi perancangan, pelaksanaan, penguatkuasaan, dan kawal selia perundangan.
  2. Mempastikan pengurusan dan penguatkuasaan undang-undang sentiasa berada pada tanda aras tinggi dan memuaskan hati Warga Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan PBT.

Kandungan Program Latihan

SKOP DAN BIDANG

i) PENGURUSAN DAN PENGENDALIAN TATATERTIB DAN PENDAKWAAN

  1. Memberi pendedahan kepada peserta me4ngenai pendakwaan yang efektif.
  2. Meningkatkan kemahiran berhubung pengendalian prosiding pendakwaan yang berkualiti.
  3. Memberi pendedahan secara hands-on semasa sessi Lawatan Teknikal  dan Kajian Lapangan di Mahkamah Seksyen dan Mahkamah Tinggi.
  4. Peserta perlu melalui ujian bertulis dan kuiz objektif bagi memastikan setiap mereka faham akan pembelajaran dan soalan yang diutarakan adalah merujuk kepada situasi dan masalah sebenar yang dihadapi oleh setiap Organisasi undang-undang di setiap Jabatan dan PBT.

ii) PERANCANGAN DAN PENGURUSAN ASAS DERAF PERJANJIAN KONTRAK KERAJAAN

  1. Memberi pendedahan kepada peserta mengenai Pentadbiran Kontrak Kerajaan dan Terma-terma yang diperlukan di dalam sesuatu Kontrak Kerajaan.
  2. Meningkatkan kemahiran berhubung pentadbiran Kontrak Kerajaan dan Penyediaan Kontrak Kerajaan
  3. Memberi pendedahan secara hands-on semasa sessi Kajian Lapangan di Jabatan Kewangan, Perolehan dan Penguatkuasaan Undang-undang di Jabatan dan PBT yang bersesuaian.
  4. Peserta perlu melalui ujian bertulis dan kuiz objektif bagi memastikan setiap mereka faham akan pembelajaran dan soalan yang diutarakan adalah merujuk kepada situasi dan masalah sebenar yang dihadapi oleh setiap Organisasi undang-undang di setiap Jabatan dan PBT.

iii) PENGURUSAN STRATEGI PERBICARAAN DAN RAYUAN

  1. Memberi pendedahan kepada peserta mengenai pengurusan Strategi Perbicaraan dan Rayuan serta Terma-terma yang diperlukan di dalam sesuatu kes yang diutarakan
  2. Meningkatkan kemahiran berhubung pengurusan dan tataracara perbicaraan dan rayuan.
  3. Memberi pendedahan secara hands-on semasa sessi Lawatan Teknikal  dan Kajian Lapangan di Mahkamah Seksyen dan Mahkamah Tinggi.
  4. Peserta perlu melalui ujian bertulis dan kuiz objektif bagi memastikan setiap mereka faham akan pembelajaran dan soalan yang diutarakan adalah merujuk kepada situasi dan masalah sebenar yang dihadapi oleh setiap Organisasi undang-undang di setiap Jabatan dan PBT.

iv) TEKNIK ASAS PENGGUBALAN TEKS PERUNDANGAN

  1. Memberi pendedahan kepada peserta berhubung jenis-jenis perundangan.
  2. Mendedahkan peserta kepada prinsip asas dan pertimbangan awal dalam proses penggubalan teks perundangan.
  3. Peserta perlu melalui ujian bertulis dan kuiz objektif bagi memastikan setiap mereka faham akan pembelajaran dan soalan yang diutarakan adalah merujuk kepada situasi dan masalah sebenar teks perundangan di Malaysia.

v) PERUNDANGAN

  1. Akta, Dasar, Perundangan, Peraturan, Undang-undang kecil dan Garis Panduan serta Manual  berkaitan Pengurusan dan penguatkuasaan Undang-undang di Malaysia, termasuk undang-undang kecil yang diguna pakai di pedalaman Sabah dan Sarawak)

Sistem Penyampaian Program Latihan

 

 

Program Latihan akan menggunakan metodologi seperti berikut :

  • Teori/Kuliah
  • Praktikal
  • Sumbangsaran dan Kerja Kumpulan
  • Interaktif
  • Penilaian/kefahaman

Medium Latihan yang akan digunakan termasuk :

i) Teori/Kuliah/syarahan

  • Power point
  • White board
  • Flip chart

ii) Praktikal/Amali

  • Pertunjukan kaedah
  • Peralatan/mesin/jentera
  • Penglibatan peserta

(iii) Sumbangsaran dan Kerja Kumpulan

  • Perbincangan
  • Kerja Kumpulan
  • Persembahan Kumpulan

(iv) Interaktif

  • Dialog
  • Soal jawab

(v) Penilaian/Kefahaman

  • Maklum balas peserta
  • Ujian bertulis
  • Ujian lisan

Proses-proses berikut akan digunakan untuk menilai keberkesanan Program Latihan :

  • Penilaian oleh peserta menggunakan Borang Penilaian Kursus
  • Kajian Keberkesanan Kursus samada secara manual atau melalui Sistem Latihan Bersepadu (SLB)  peringkat KPKT

Institut Latihan Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (I-KPKT)
KM 48, Persimpangan Bertingkat Lebuhraya Karak, 28750 Berjaya Hills, Bukit Tinggi, Pahang Darul Makmur

Tel: 09-222 9000 Faks: 09-222 9014
Email: il.admin@kpkt.gov.my