azah

Ketua Pusat Pengajian Landskap

LAr. Nor Azah Abdul Aziz

Pegawai Pusat Pengajian Landskap

Cik Hasfamalissa binti Hassan

 

           azah

Ketua Pusat Pengajian Landskap

LAr. Nor Azah Abdul Aziz

Pegawai Pusat Pengajian Landskap

Cik Hasfamalissa binti Hassan

 

Ringkasan Keperluan Latihan Pelanggan

Organisasi Pelanggan:

  • Semua Pegawai dan Penjawat Awam Bahagian/Jabatan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)
  • Semua Pegawai dan Penjawat Awam Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
  • Agensi Kerajaan dan Badan Berkanun
  • Keutamaan kepada penjawat awam yang bertugas di Jabatan / Bahagian / Seksyen / Unit Landskap

A. Keperluan Organisasi

(i) Kekurangan yang dikenal pasti:

a) Di antara fungsi dan peranan Organisasi Landskap di setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah untuk mewujudkan bandar dalam taman melalui pembangunan landskap yang berkualiti dan menyeluruh bagi memenuhi keperluan dan kesejahteraan penduduk. Asas utama adalah untuk melestarikan kehidupan penduduk setempat dan menjadikan kawasan landskap tersebut berfungsi dengan efisyen demi kesejahteraan fizikal dan mental warga pengguna dan pengunjung. PBT berperanan memandu dan mengawal pembangunan landskap melalui perlaksanaan dasar dan mengaplikasikan peraturan dan perundangan. Terdapat 149 Pihak Berkuasa Tempatan di seluruh Negara yang boleh dibahagi kepada tiga (3) kategori berbeza di segi saiz dan taraf iaitu Dewan Bandaraya, Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah. Pecahannya adalah 12 buah Dewan/Majlis Bandaraya (DB / MB), 39 buah Majlis Perbandaran (MP) dan 98 buah Majlis Daerah (MD). Terkini ialah Majlis Daerah Putatan dan Majlis Daerah Pitas, Sabah. Terdapat juga beberapa badan lain yang diberi kuasa oleh Kerajaan Negeri masing-masing untuk melaksanakan fungsi-fungsi PBT seperti PBT Kulim Hi-Tech, Lembaga Kemajuan Bintulu, Perbadanan Putrajaya dan sebagainya. Setiap PBT mempunyai Unit/Bahagian/Jabatan yang menjalankan peranan dan fungsi perancangan, pelaksanaan dan pembangunan, penyelenggaraan dan kawal selia landskap. Sebahagian PBT telah mempunyai Organisasi Landskap manakala sebahagian PBT yang lain menempatkan Unit Landskap di bawah Jabatan Perancangan Bandar, Jabatan Alam Sekitar dan ada sebahagian kecil PBT yang tidak mempunyai organisasi landskap yang jelas dan tugas pengurusan landskap tersebut diletakkan di bawah tanggung jawab mana-mana organisasi lain yang dianggap lebih praktikal dan sesuai secara ad-hocs.

b) Sebahagian PBT menghadapi masalah dari segi kekurangan peruntukan kewangan, tenaga profesional dan tenaga kerja mahir untuk mengurus dan menyelenggara aset landskap di dalam jurisdiksi PBT seperti kawasan hijau, taman awam, pengurusan pokok ameniti dan tanaman hiasan landskap, pengurusan rumput dan sebagainya.

c) Kekurangan peluang dan kemudahan latihan serta pembangunan modal insan di kalangan warga kerja Organisasi Landskap di setiap PBT menyebabkan pelbagai isu dan masalah mengenai landskap tidak dapat diuruskan secara efisien, teratur dan berkesan. Ia menyumbang kepada tahap dan kualiti pengurusan dan penyelenggaraan landskap yang tidak memuaskan. Ini memberi implikasi negatif kepada warga PBT samada jangka pendek atau jangka masa panjang.

d) Pembangunan modal insan di segi pengetahuan teori, kemahiran teknikal, kecekapan dan inovasi secara lansung menyumbangkan kepada pengurusan kewangan dan aset yang cekap dan value for money ke arah memastikan tahap penyelenggaraan landskap di setiap PBT sentiasa dalam keadaan baik dan memuaskan.

e) Kebanyakan PBT menghadapi masalah kekurangan peruntukan kewangan dan tenaga kerja mahir untuk melaksanakan program pengurusan dan penyelenggaraan aset landskap seperti taman awam dan pengurusan pokok ameniti dengan baik dan berkesan.

(ii) Aspek-aspek yang memerlukan latihan:

Dalam mencapai objektif di atas, warga Organisasi Landskap di setiap PBT akan dilatih dalam skop dan bidang berikut;

  •     Pengurusan dan penyelenggaraan pokok – Kursus ‘Master Gardener’
  •     Perancangan dan Pengurusan landskap – Kursus Pengurusan
  •     Teknikal dan persijilan – Kursus Teknikal

B. Keperluan Individu di Organisasi:

Kekurangan yang dikenal pasti:

a) Kekurangan pengetahuan, kemahiran, pendedahan dan latihan secara khusus dalam bidang pengurusan dan penyelenggaraan landskap.
b) Tugas dan tanggungjawab Kerja-kerja berkaitan landskap dilaksanakan oleh kakitangan yang tidak mempunyai pengetahuan dan kepakaran

 

Objektif Program Latihan

 

  1. Meningkatkan kefahaman, pengetahuan, kemahiran dan kepakaran peserta kursus yang terlibat secara hands-on di dalam menjalankan peranan dan fungsi perancangan, pelaksanaan, pembangunan, penyelenggaraan dan kawal selia landskap.
  2. Mempastikan pengurusan dan penyelenggaraan landskap sentiasa berada pada tanda aras tinggi dan memuaskan hati Warga PBT

 

 

Kandungan Program Latihan

SKOP DAN BIDANG

i) PENGURUSAN DAN PENYELENGGARAAN POKOK - KURSUS ‘MASTER GARDENER’

  • Penanaman dan penyelenggaraan pokok ameniti
  • Kawalan penyakit pokok ameniti
  • Kawalan perosak pokok ameniti
  • Pemangkasan pokok ameniti
  • Memanjat pokok ameniti
  • Pembajaan pokok ameniti
  • Penyelenggaraan mesin dan peralatan landskap

ii) PERANCANGAN DAN PENGURUSAN LANDSKAP – KURSUS PENGURUSAN

  • Pengurusan dan Penyelenggaraan Taman
  • Pengurusan Aset Hidup
  • Pengurusan dan Penyelenggaraan Badan Air
  • Manual Pelan Induk Landskap
  • Perancangan Rekabentuk Landskap Untuk Taman Awam, Landskap Perbandaran dan Persekitaran Kehidupan
  • Pengurusan Di Tapak Bina Yang Efektif

iii) TEKNIKAL DAN PERSIJILAN – KURSUS TEKNIKAL

  • Persijilan Arborikutur
  • Proses Rekabentuk Landskap
  • Penilaian Tahap Risiko Pokok

iii) PERUNDANGAN

  1. Akta, Dasar, Perundangan, Peraturan, Undang-undang kecil dan Garis Panduan serta Manual berkaitan Senibina Landskap dan Pengurusan Landskap.

 

Sistem Penyampaian Program Latihan

Program Latihan akan menggunakan metodologi seperti berikut :

  • Teori/Kuliah
  • Praktikal
  • Sumbangsaran dan Kerja Kumpulan
  • Interaktif
  • Penilaian/kefahaman

Medium Latihan yang akan digunakan termasuk :

(i) Teori/Kuliah/syarahan

  • Power point
  • White board
  • Flip chart

ii) Praktikal/Amali

  • Pertunjukan kaedah
  • Peralatan/mesin/jentera
  • Penglibatan peserta

(iii) Sumbangsaran dan Kerja Kumpulan

  • Perbincangan
  • Kerja Kumpulan
  • Persembahan Kumpulan

(iv) Interaktif

  • Dialog
  • Soal jawab

(v) Penilaian/Kefahaman

  • Maklum balas peserta
  • Ujian bertulis
  • Ujian lisan

Proses-proses berikut akan digunakan untuk menilai keberkesanan Program Latihan :

  • Penilaian oleh peserta menggunakan Borang Penilaian Kursus
  • Kajian Keberkesanan Kursus samada secara manual atau melalui Sistem Latihan Bersepadu (SLB) peringkat KPKT

Institut Latihan Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (I-KPKT)
KM 48, Persimpangan Bertingkat Lebuhraya Karak, 28750 Berjaya Hills, Bukit Tinggi, Pahang Darul Makmur

Tel: 09-222 9000 Faks: 09-222 9014
Email: il.admin@kpkt.gov.my