ir

Ketua Pusat Pengajian Sisa Pepejal & Pembersihan Awam

Ir Hj Ab Rahman bin M. Nor

Pegawai Pusat Pengajian Sisa Pepejal & Pembersihan Awam

Encik Ahmad Afnan bin Munil

           ir

Ketua Pusat Pengajian Sisa Pepejal & Pembersihan Awam

Ir Hj Ab Rahman bin M. Nor

Pegawai Pusat Pengajian Sisa Pepejal & Pembersihan Awam

Encik Ahmad Afnan bin Munil

Peserta Kursus

Semua Pegawai dan Penjawat Awam Bahagian/Jabatan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)

  • Semua Pegawai dan Penjawat Awam Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
  • Agensi Kerajaan dan Badan Berkanun
  • Keutamaan kepada penjawat awam yang bertugas di Jabatan /  Bahagian / Seksyen / Unit Perbadanan Sisa Pepejal SWCorp.

Pihak Berkuasa Tempatan di seluruh Negara yang boleh dibahagi kepada tiga (3) kategori berbeza dari segi saiz dan taraf iaitu Dewan Bandaraya, Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah. Pecahannya adalah  12 buah Dewan/Majlis Bandaraya (DB / MB), 39 buah Majlis Perbandaran (MP) dan 98 buah Majlis Daerah  (MD). Terkini ialah Majlis Daerah Putatan dan Majlis Daerah Pitas, Sabah
Terdapat juga beberapa badan lain yang diberi kuasa oleh Kerajaan Negeri masing-masing untuk melaksanakan fungsi-fungsi PBT.

Jenis-jenis Kursus/ Seminar/ Bengkel/ Ceramah yang di tawarkan

  • Kursus Rekabentuk dan Pembinaan Tapak Pelupusan Sisa Pepejal
  • Kursus Asas Pengurusan Projek dan Pentadbiran Kontrak Untuk Tapak Pelupusan.
  • Kursus Penutupan Selamat dan Pengurusan Pasca Penutupan Tapak Pelupusan.
  • Amalan Terbaik Pengurusan Sisa Pepejal dan Tapak Pelupusan.
  • Kursus Kajian Komposisi Sisa Pepejal.
  • Seminar : Kelestarian Pengurusan Sisa Pepejal dan Kebersihan Awam.
  • Bengkel : Mengurus Sisa Pepejal dan Kebersihan Awam. (Lesson Learned)
  • Ceramah Eksekutif : Pengurusan Sisa Pepejal dari Perspektif Perniagaan.

Objektif Latihan

  • Meningkatkan Pengetahuan Dan Memberi Pendedahan Kepada Anggota PBT Mengenai Pengetahuan Kejuruteraan Tapak Pelupusan Sisa Pepejal.
  • Pemahaman Aspek-Aspek Teknikal Yang Perlu Diberi Perhatian Dalam Memilih Kaedah Sesuai Bagi Teknologi Yang Diadaptasi.
  • Perkongsian Maklumat Berkenaan Teknologi Hijau Pada Masa Akan Datang.
  • Mewujudkan Jaringan Rangkaian Antara Peserta Yang Hadir Supaya Dapat Bertukar-Tukar Pengalaman Dan Cara Kerja Antara Satu PBT Dengan Yang Lain.
  • Memastikan peserta mahir dalam mengurusakan sesuatu projek.Ia merangkumi peringkat pentadbiran kontrak, pembinaan, pra kontrak dan peringkat post projek.
  • Mewujudkan warga kerja teknikal yang kompeten dan berkemahiran mengikut disiplin masing-masing dalam menguruskan projek.

Kandungan Kursus

PENGURUSAN PROJEK DAN REKABENTUK LAND FILL

a) Pengenalan Pengurusan asas projek dan Pentadbiran Kontrak
b) Pengurusan Projek dan Kontrak
c) Penyediaan Jadual Kerja
d) Penyediaan Garis Panduan dan proses kerja mengikut Disiplin

 

PENUTUPAN SELAMAT LAND FILL

a) Pengurusan Dan Penyelenggaraan
b) Pengurusan Aset
c) Manual Pelan Induk Sisa Pepejal
d) Perancangan Rekabentuk Sisa Pepejal, Dan Persekitaran Kehidupan
e) Pengurusan Di Tapak Pelupusan Yang Efektif

 

PENGURUSAN SISA PEPEJAL YANG LESTARI

a) Pengenalan kepada jenis jenis sisa pepejal

  1.     Sisa domestik
  2.     Sisa industri

b) Kaedah pelupusan semasa
c) Transfomasi kebersihan alam sekitar- melihat dengan mata hati
d) Pengkomposan sisa domestik

 

KOMPOSISI SISA PEPEJAL

a) Konsep pengasingan

b) Pendekatan 3R

Sistem Penyampaian Program Latihan

Program Latihan akan menggunakan metodologi seperti berikut :

  • Teori/Kuliah
  • Praktikal
  • Sumbangsaran dan Kerja Kumpulan
  • Interaktif
  • Penilaian/kefahaman

Medium Latihan yang akan digunakan termasuk :

i) Teori/Kuliah/syarahan

  • Power point
  • White board
  • Flip chart

ii) Praktikal/Amali

  • Pertunjukan kaedah
  • Peralatan/mesin/jentera
  • Penglibatan peserta

(iii) Sumbangsaran dan Kerja Kumpulan

  • Perbincangan
  • Kerja Kumpulan
  • Persembahan Kumpulan

(iv) Interaktif

  • Dialog
  • Soal jawab

(v) Penilaian/Kefahaman

  • Maklum balas peserta
  • Ujian bertulis
  • Ujian lisan
Kursus Penutupan Selamat dan Pengurusan Pasca Pentupan Tapak Pelupusan Siri 2 -
 
 

Institut Latihan Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (I-KPKT)
KM 48, Persimpangan Bertingkat Lebuhraya Karak, 28750 Berjaya Hills, Bukit Tinggi, Pahang Darul Makmur

Tel: 09-222 9000 Faks: 09-222 9014
Email: il.admin@kpkt.gov.my