Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan/Maklum Balas
Peta Laman

Bicara Eksekutif : Pengenalan Kepada Tenaga dan Mobiliti Hijau di Malaysia

Bicara Eksekutif : Pengenalan Kepada Tenaga dan Mobiliti Hijau di Malaysia

I-KPKT dibawah Pusat Pengajian Pemahaman Perundangan dan Penguatkuasaan telah mengadakan BICARA EKSEKUTIF : PENGENALAN KEPADA TENAGA DAN MOBILITI HIJAU DI MALAYSIA yang telah berlangsung dengan jaya nya pada 5 Mac 2026.

Seramai 281 orang peserta dari pihak berkuasa tempatan seluruh Malaysia dan agensi kerajaan yang berkaitan telah mengikuti kursus ini yang telah disampaikan oleh YBrs Ts. Dr. Abdul Hakim bin Ab Rahim daripada Malaysian Green Tech & Climate Change Corporation (MGTC).

Kursus ini diadakan bertujuan untuk menjelaskan konsep asas tenaga hijau dan mobiliti hijau serta kepentingannya dalam pembangunan mampan di Malaysia. Selain itu, kursus ini dapat memberi pengenalan tentang dasar, pelan dan inisiatif kerajaan Malaysia berkaitan tenaga boleh baharu, kecekapan tenaga dan mobiliti rendah karbon.