Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan/Maklum Balas
Peta Laman

Pusat Pengajian Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam

PENGENALAN

Pusat Pengajian Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam merupakan pusat latihan yang berperanan sebagai pemangkin pembangunan modal insan dalam bidang pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam serta ekonomi kitaran. Selaras dengan aspirasi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk menjadi kementerian berprestasi tinggi dan berorientasikan keberhasilan demi kesejahteraan rakyat, pusat pengajian ini menyediakan platform pembelajaran yang komprehensif melalui pelaksanaan kursus, program intelektual, latihan profesional dan aktiviti perkongsian ilmu kepada pegawai Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan, pemain industri serta pihak berkepentingan yang berkaitan.

Pusat pengajian ini memberi penekanan kepada pembangunan kompetensi dalam aspek dasar, perundangan, tadbir urus, pengawalseliaan, pengoperasian, teknologi, inovasi dan amalan terbaik pengurusan sisa pepejal serta pembersihan awam. Melalui pendekatan pembelajaran berasaskan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman industri, Pusat Pengajian Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam berusaha melahirkan tenaga kerja yang kompeten, berdaya saing dan bersedia menghadapi cabaran semasa serta masa hadapan ke arah mewujudkan sistem pengurusan sisa pepejal yang cekap, berdaya tahan dan mampan.

OBJEKTIF

  1. Memperkasa kompetensi dan profesionalisme modal insan dalam bidang pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam melalui latihan yang berkualiti, relevan dan berimpak tinggi.
  2. Meningkatkan kefahaman peserta terhadap dasar, perundangan, tadbir urus, teknologi, inovasi dan amalan terbaik berkaitan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam.
  3. Melahirkan tenaga kerja yang kompeten, inovatif dan berintegriti bagi menyokong pelaksanaan fungsi perancangan, pengawalseliaan, penguatkuasaan dan pengoperasian dalam sektor pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam.
  4. Menjadi pusat rujukan dan perkongsian ilmu dalam bidang pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam melalui jaringan kerjasama strategik dengan agensi kerajaan, institusi akademik, industri dan organisasi berkaitan.
  5. Menggalakkan penerapan teknologi, inovasi dan amalan ekonomi kitaran ke arah pengurusan sumber yang lebih cekap dan mampan.
  6. Menyokong pelaksanaan agenda nasional termasuk Reformasi Pembersihan Awam, transformasi ke arah ekonomi kitaran dan komitmen negara terhadap pembangunan bandar yang inklusif, berdaya tahan dan mampan.
  7. Membangunkan program latihan yang responsif terhadap keperluan semasa dan cabaran masa hadapan dalam sektor pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam.