Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan/Maklum Balas
Peta Laman

Perutusan Pengarah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Salam Sejahtera dan Salam Malaysia MADANI.

Selamat datang ke portal rasmi Institut Latihan Perumahan dan Kerajaan Tempatan (I-KPKT).

Terima kasih atas kesudian anda melayari portal rasmi I-KPKT. Platform ini diwujudkan sebagai medium penyampaian maklumat yang mudah diakses, tepat dan terkini mengenai program latihan, perkhidmatan serta aktiviti yang dilaksanakan oleh institut.

Sebagai institusi latihan di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), I-KPKT komited memperkasa pembangunan kompetensi modal insan melalui pelaksanaan program latihan yang berkualiti, inovatif dan berimpak tinggi. Selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI, kami terus memperkukuh budaya pembelajaran sepanjang hayat dengan memanfaatkan teknologi digital, amalan terbaik dan pendekatan latihan yang relevan bagi memenuhi keperluan perkhidmatan awam yang sentiasa berkembang.

Portal ini diharapkan dapat menjadi sumber rujukan utama kepada pelanggan, rakan strategik dan orang awam untuk mendapatkan maklumat berkaitan kursus, kemudahan dan perkhidmatan yang ditawarkan. Kami juga amat menghargai setiap pandangan dan maklum balas sebagai pemangkin kepada penambahbaikan berterusan.

Terima kasih atas sokongan dan kepercayaan anda. Semoga I-KPKT terus menjadi peneraju kecemerlangan latihan dalam melahirkan modal insan yang kompeten, berintegriti dan berdaya saing demi penyampaian perkhidmatan awam yang cemerlang.

Sekian, terima kasih.

Pengarah,
Institut Latihan Perumahan dan Kerajaan Tempatan (I-KPKT)