Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan/Maklum Balas
Peta Laman

Mesyuarat Serah Tapak bagi Projek Cadangan Naik Taraf Landskap di Institut Latihan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (I-KPKT)

Mesyuarat Serah Tapak bagi Projek Cadangan Naik Taraf Landskap di Institut Latihan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (I-KPKT)

Pada 4 Ogos 2026, Jabatan Landskap Negara (JLN) telah mengadakan Mesyuarat Serah Tapak bagi Projek Cadangan Naik Taraf Landskap di Institut Latihan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (I-KPKT), Bentong, Pahang.

Mesyuarat dipengerusikan bersama oleh YBrs. Dr. Mazifah binti Simis, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), JLN dan YBrs. Encik Adel Al Hashir bin Kamalal Hashir, Pengarah I-KPKT, serta turut dihadiri oleh pegawai JLN, I-KPKT dan pihak kontraktor.

Mengangkat konsep “Reinvigorating Serenity of the Hill”, projek ini memberi tumpuan kepada penambahbaikan kualiti, fungsi dan nilai estetika landskap I-KPKT yang dikelilingi persekitaran hijau.

Semoga projek ini dapat dilaksanakan dengan lancar, berkualiti dan siap dalam tempoh yang ditetapkan.