Carian

Tekan Enter untuk mencari, atau Esc untuk menutup.

Terkini

Lawatan ke Institut Perakaunan Negara

Lawatan ke Institut Perakaunan Negara

Satu program lawatan kerja ke Institut Perakaunan Negara (IPN) telah diadakan pada 9 Januari 2025 bagi tujuan melihat kepada Pengurusan Akaun Terimaan dan Akaun Amanah di IPN . Program lawatan dihadiri oleh 9 orang pegawai dari I-KPKT yang diketuai oleh Tuan Adel Al Hashir bin Kamalal Hashir Pengarah I-KPKT, En. Muhammad Rasihan bin Arif Pendaftar, Ketua-ketua Unit dan pegawai dari Unit Kewangan.


Manakala, pihak IPN menyambut kehadiran delegasi dari I-KPKT yang diketuai oleh Pengarah IPN sendiri Dr.Ahmad Shukri bin Abdul Gani, Pendaftar Pn.Zainun binti Kadir dan pegawai-pegawai kanan yang lain.
Sesi lawatan selama setengah hari itu telah berhasil memberi input, idea dan pengetahuan berkaitan Akaun Terimaan dan Akaun Amanah yang ada di IPN. Pihak I-KPKT sangat berbesar hati dan berterima kasih terutamanya kepada Pengarah IPN sendiri yang sudi meluangkan masa beliau menyambut dan memberikan layanan yang baik.