Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan/Maklum Balas
Peta Laman

Soalan Lazim

Soalan Lazim I-KPKT

Soalan Lazim

Jawapan kepada pertanyaan-pertanyaan yang sering diajukan mengenai I-KPKT.

Soalan Lazim

Institut Latihan Perumahan dan Kerajaan Tempatan (I-KPKT) adalah pusat rujukan utama yang menyediakan maklumat dan latihan berkaitan dasar-dasar Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Kursus-kursus di I-KPKT terbuka kepada kakitangan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Pihak Berkuasa Tempatan, serta agensi-agensi lain yang berkaitan.

Permohonan boleh dibuat melalui Sistem eMAS I-KPKT atau melalui pencalonan daripada jabatan masing-masing. Sila rujuk takwim kursus untuk maklumat lanjut.

  1. Permohonan boleh dibuat melalui Sistem eMAS I-KPKT.
  2. Perhatian kepada peserta / urusetia kursus :
    • Sila patuhi peraturan permohonan penggunaan I-KPKT sebagai tempat latihan oleh agensi di bawah KPKT / agensi luar yang tertera di Laman Web I-KPKT.
    • Permohonan penggunaan fasiliti hendaklah dilaksanakan 2 bulan sebelum tarikh cadangan di Sistem eMAS I-KPKT.
  1. Bayaran bagi makan minum dan dobi mestilah dibuat secara Pesanan Tempatan (L.O) menggunakan syarikat yang disyorkan oleh I-KPKT.
  2. Urus Setia dikehendaki menghubungi syarikat yang disyorkan oleh I-KPKT bagi urusan pengeluaran (L.O) berkenaan. Satu salinan (L.O) bayaran kepada syarikat tersebut hendaklah diserahkan semasa menghadiri sesi taklimat urus setia untuk perhatian Pengarah I-KPKT. Maklumat berkenaan perkhidmatan dobi dan katering akan diberikan oleh pihak I-KPKT selepas permohonan diluluskan.

Sebarang kelulusan bagi penggunaan fasiliti adalah tertakluk kepada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa. Maklum balas rasmi akan dihantar melalui e-mel dalam tempoh sebulan sebelum tarikh kursus bermula. E-mel tersebut akan turut disertakan dengan dokumen sebut harga fasiliti serta maklumat pembekal makanan dan perkhidmatan dobi.

Tiada kemudahan kedai serbaneka disediakan di dalam kawasan I-KPKT. Sehubungan dengan itu, para peserta kursus amat disarankan untuk membawa keperluan peribadi yang secukupnya sebelum mendaftar, memandangkan kedudukan institut yang agak jauh dari pusat bandar.

Tidak. Pihak I-KPKT tidak membenarkan peserta kursus membawa ahli keluarga untuk menginap bersama-sama di institut sepanjang tempoh kursus berlangsung.

Pihak urus setia program disarankan untuk mengadakan lawatan tapak ke I-KPKT terlebih dahulu bagi menilai kesesuaian fasiliti dan persekitaran institut, sekiranya terdapat peserta kursus dalam kalangan OKU.