Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan/Maklum Balas
Peta Laman

Program Kembara Merdeka I-KPKT Tahun 2025

Program Kembara Merdeka I-KPKT Tahun 2025

Aktiviti CSR Plogging | Pantai Inocem, Cherok Paloh, Kuantan

Institut Latihan Perumahan dan Kerajaan Tempatan (I-KPKT) telah melaksanakan satu Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) sempena Kembara Merdeka I-KPKT Tahun 2025, menerusi aktiviti plogging yang bertempat di Pantai Inocem, Cherok Paloh, Kuantan.

Program ini bukan sekadar menyemarakkan semangat patriotik menjelang sambutan Hari Kebangsaan, malah menjadi wadah untuk memupuk kesedaran terhadap pemeliharaan alam sekitar dalam kalangan warga institut.

Aktiviti ini turut mencerminkan iltizam I-KPKT dalam mendukung prinsip kelestarian, kebersihan dan kesejahteraan komuniti setempat melalui pendekatan inklusif dan berimpak.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua peserta dan pihak yang telah bersama-sama menjayakan program ini.