Kursus Asas Kemahiran dan Pengetahuan Melaksanakan Tugas sebagai Pegawai Penyiasat
I-KPKT di bawah Pusat Pengajian Pemahaman Perundangan dan Penguatkuasaan telah menganjurkan Kursus Asas Kemahiran dan Pengetahuan Melaksanakan Tugas sebagai Pegawai Penyiasat. Kursus ini telah disampaikan oleh Penolong Pegawai Undang-Undang Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), iaitu Encik Mohd Irwan bin Mat, dengan dibantu oleh Encik Muhammad Aiman bin Maarof selaku Ketua Pusat Pengajian Pemahaman Perundangan dan Penguatkuasaan yang bertindak sebagai moderator.
Objektif Kursus
Kursus ini diadakan bertujuan untuk memberikan pengetahuan tentang asas-asas tugasan sebagai pegawai penyiasat di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Di akhir kursus, para peserta diharapkan dapat:
- Menyenaraikan peranan pegawai penyiasat dalam penyediaan kertas siasatan.
- Mengenal pasti perbezaan antara Pegawai Penyiasat PBT dengan Pegawai Penyiasat Polis.
- Menyenaraikan dokumen serta perkara-perkara penting yang perlu ada dalam sesebuah kertas siasatan.
Kehadiran dan Sambutan
Kursus yang berlangsung selama empat jam ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan kehadiran lebih 350 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan Pihak Berkuasa Tempatan dari seluruh Malaysia serta agensi-agensi kerajaan yang berkaitan.
Pihak penganjur merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kursus ini.

