Kursus Penguatkuasaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333]
Institut Latihan Perumahan dan Kerajaan Tempatan (I-KPKT) telah berjaya melaksanakan Kursus Penguatkuasaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333] secara dalam talian, dengan penyampaian oleh En. Mohd Irwan bin Mat selaku penceramah kursus.
Kursus ini bertujuan melatih warden lalu lintas PBT mengenai peraturan lalu lintas, prosedur penguatkuasaan, serta peranan mereka dalam mengekalkan keselamatan jalan raya di kawasan pentadbiran masing-masing. Ia juga bagi memperkukuh kefahaman warden mengenai tanggungjawab dan kuasa di bawah undang-undang berkenaan.
Terima kasih kepada penceramah dan semua peserta yang menjayakan kursus ini.
Ringkasan Program:
- Nama Kursus: Kursus Penguatkuasaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333]
- Tarikh: 21 Julai 2026 (Selasa)
- Mod Pelaksanaan: Dalam Talian (Online)
- Penceramah: Encik Mohd Irwan bin Mat
- Kumpulan Sasaran: Warden Lalu Lintas Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

