Kursus Pengurusan Media Sosial Jabatan: Menuju Media Sosial Yang Lebih Efektif
Kursus Pengurusan Media Sosial Jabatan: Menuju Media Sosial Yang Lebih Efektif telah berjaya dilaksanakan pada 3 – 5 Ogos 2026 bertempat di Institut Latihan Perumahan dan Kerajaan Tempatan (I-KPKT). Seramai 23 orang peserta telah menghadiri kursus ini yang bertujuan untuk membolehkan peserta memahami konsep, strategi dan amalan terbaik dalam pengurusan media sosial jabatan secara profesional dan berkesan.

Melalui perkongsian ilmu, latihan praktikal serta pendedahan kepada teknik penghasilan kandungan digital, peserta dapat merancang, menghasilkan dan mengurus kandungan media sosial yang berkualiti bagi meningkatkan interaksi dengan masyarakat. Peserta turut didedahkan dengan kaedah mengendalikan komunikasi serta isu-isu semasa dengan lebih berkesan, di samping memanfaatkan analitik media sosial bagi memperkukuh penyampaian maklumat dan imej organisasi.
Diharapkan pelaksanaan kursus ini dapat melahirkan barisan pegawai yang lebih kompeten dalam mengurus platform media sosial jabatan selaras dengan agenda pendigitalan sektor awam.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua peserta serta penceramah yang telah memberikan komitmen dan kerjasama sepanjang pelaksanaan kursus ini.

