Soalan Lazim
Institut Latihan Perumahan dan Kerajaan Tempatan (I-KPKT) adalah pusat rujukan utama yang menyediakan maklumat dan latihan berkaitan dasar-dasar Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Kursus-kursus di I-KPKT terbuka kepada kakitangan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Pihak Berkuasa Tempatan, serta agensi-agensi lain yang berkaitan.
Permohonan boleh dibuat melalui Sistem eMAS I-KPKT atau melalui pencalonan daripada jabatan masing-masing. Sila rujuk takwim kursus untuk maklumat lanjut.
- Permohonan boleh dibuat melalui Sistem eMAS I-KPKT.
-
Perhatian kepada peserta / urusetia kursus :
- Sila patuhi peraturan permohonan penggunaan I-KPKT sebagai tempat latihan oleh agensi di bawah KPKT / agensi luar yang tertera di Laman Web I-KPKT.
- Permohonan penggunaan fasiliti hendaklah dilaksanakan 2 bulan sebelum tarikh cadangan di Sistem eMAS I-KPKT.
- Bayaran bagi makan minum dan dobi mestilah dibuat secara Pesanan Tempatan (L.O) menggunakan syarikat yang disyorkan oleh I-KPKT.
- Urus Setia dikehendaki menghubungi syarikat yang disyorkan oleh I-KPKT bagi urusan pengeluaran (L.O) berkenaan. Satu salinan (L.O) bayaran kepada syarikat tersebut hendaklah diserahkan semasa menghadiri sesi taklimat urus setia untuk perhatian Pengarah I-KPKT. Maklumat berkenaan perkhidmatan dobi dan katering akan diberikan oleh pihak I-KPKT selepas permohonan diluluskan.
