Aktiviti Pemasangan Bendera Malaysia
Sempena Bulan Kemerdekaan 2025
Sempena sambutan Bulan Kemerdekaan, warga kerja I-KPKT telah bersama-sama menjayakan aktiviti pemasangan Jalur Gemilang di sekitar kawasan institusi sebagai simbol semangat patriotisme dan kecintaan terhadap tanah air.
Aktiviti ini bukan sahaja menyemarakkan suasana bulan Ogos, malah turut menjadi wadah untuk menyuburkan rasa bangga dan hormat kepada perjuangan para pejuang kemerdekaan negara.

