Bual Bicara: Pengenalan Kepada Teknologi Maya (VR) Sebagai Kaedah Pemeliharaan Warisan dan Bandar Pintar
Pusat Pengajian Pengurusan Landskap, Institut Latihan Perumahan dan Kerajaan Tempatan (I-KPKT) telah menganjurkan Bual Bicara: Pengenalan Kepada Teknologi Maya (VR) Sebagai Kaedah Pemeliharaan Warisan dan Bandar Pintar pada 27 Mei 2025 yang lalu secara atas talian (Online).
Dalam era digital yang pesat berkembang, teknologi realiti maya (Virtual Reality – VR) telah menjadi satu inovasi penting dalam pelbagai bidang, termasuk pendidikan, hiburan, perubatan, dan yang semakin menonjol, pemeliharaan warisan serta pembangunan bandar pintar. Teknologi VR membolehkan pengguna mengalami persekitaran simulasi yang menyerupai dunia sebenar, sekali gus membuka peluang baharu dalam cara manusia berinteraksi dengan maklumat dan ruang.
Ts. Dr Izham Abdul Ghani, Pensyarah Kanan daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perak telah dijemput untuk bersama-sama berkongsi ilmu dan pengalaman untuk para peserta.
Kursus dijalankan secara atas talian (online) dimana telah dihadiri oleh peserta seramai 89 orang peserta daripada PBT dan Agensi yang terlibat, dimana antara objektif utama pelaksanaan kursus ini adalah untuk:
1. Memahami konsep asas teknologi realiti maya (VR) serta peranan dan perkembangannya dalam era digital.
2. Menjelaskan kepentingan pemeliharaan warisan budaya dan cabaran yang dihadapi dalam mengekalkan nilai sejarah dan identiti masyarakat.
3. Mengenal pasti aplikasi VR dalam pemeliharaan warisan, termasuk dalam konteks dokumentasi, pemulihan, dan paparan semula elemen budaya.
4. Menerangkan konsep bandar pintar serta bagaimana VR digunakan dalam perancangan dan pembangunan bandar yang lestari dan inklusif.
5. Menilai potensi dan cabaran penggunaan VR dalam konteks warisan dan pembangunan bandar melalui kajian kes dan contoh sebenar.
6. Mengaplikasikan asas penggunaan VR melalui sesi praktikal ringkas seperti lawatan maya (virtual tour), simulasi tapak sejarah, atau pembangunan kandungan 3D asas.
Diharap para peserta dapat mengaplikasikan ilmu dan perkongsian yang dipelajari.

