Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan/Maklum Balas
Peta Laman

Kunjungan Hormat IAB, Cawangan Genting Highlands ke I-KPKT

Kunjungan Hormat IAB, Cawangan Genting Highlands ke I-KPKT

Pada 12/2/2025 yang lalu I-KPKT telah menerima kunjungan hormat delegasi daripada IAB, Cawangan Genting Highlands yang diketuai oleh Pengarah IAB sendiri iaitu Encik Norazmir bin Ahmad.

Pertemuan ini adalah bagi membincangkan penempatan peserta Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) Ambilan 1 Tahun 2025 bermula pada 6 Januari 2025 hingga 3 Oktober 2025 di dua lokasi iaitu di kampus Institut Aminuddin Baki Cawangan Genting Highlands (IABCGH) dan di Institut Latihan Perumahan dan Kerajaan Tempatan (I-KPKT) di Berjaya Hills, Bukit Tinggi, Pahang.

I-KPKT berbesar hati atas kunjungan ini dan semoga program yang dirancang dapat berjalan dengan baik.