Kunjungan Hormat Pengarah I-KPKT ke Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah Sabah
Satu sesi kunjungan hormat Pengarah I-KPKT, Tuan Adel Al-Hashir ke Pejabat Pengarah Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah Sabah, Tuan Augus Tamaning telah diadakan pada Rabu, 26 Februari 2025.
Bersama-sama kunjungan hormat tersebut ialah Tuan Adi Iskandar Zulkarnain selaku Ketua Pusat Pengajian Perancang Bandar, I-KPKT serta Encik Wan Rahmat Alhafiz, selaku Penolong Pegawai Tadbir, I-KPKT.
Pihak I-KPKT mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada Tuan Augus Tamaning atas kesudian menerima kunjungan I-KPKT ke Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah Sabah.

