Kursus Pengenalan Kepada Tenaga Nuklear
12–14 Oktober 2026 : Pusat Pengajian Pemahaman Perundangan dan Penguatkuasaan, Institut Latihan Perumahan dan Kerajaan Tempatan (I-KPKT) telah berjaya melaksanakan Kursus Pengenalan Kepada Tenaga Nuklear secara bersemuka yang bertempat di Institut Latihan Perumahan dan Kerajaan Tempatan (I-KPKT), Bukit Tinggi, Bentong, Pahang.
Kursus selama tiga hari ini telah disampaikan oleh panel jemputan yang terdiri daripada pegawai-pegawai dari Jabatan Tenaga Atom & pihak MyPOWER Corporation:
1. Encik Faeizal bin Ali
2. Encik Hafidz bin Attan
3. Ts. Ridha bin Roslan
4. Puan Najwa binti Hassan

Seramai 22 orang peserta yang terdiri daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah mengikuti kursus ini dengan penuh komitmen sepanjang sesi berlangsung.
Penganjuran kursus ini bertujuan memperkasakan tahap kefahaman para pegawai mengenai asas tenaga nuklear, khususnya dari aspek konsep asas, kawalselia sinaran, keselamatan instalasi nuklear serta kerangka dasar dan peraturan yang berkaitan.
Kementerian amat menitikberatkan aspek keselamatan, ketepatan maklumat serta kesedaran dalam kalangan pegawai terhadap teknologi nuklear, bagi memastikan setiap urusan berkaitan dapat dilaksanakan dengan cekap, telus dan berintegriti.
I-KPKT merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ahli panel jemputan selaku penceramah, serta semua peserta dan pihak yang terlibat dalam menjayakan kursus ini.

