Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan/Maklum Balas
Peta Laman

Kursus Penguatkuasaan Akta Pengangkutan Jalan 1987(Akta 333) Oleh Warden Lalulintas Pihak Berkuasa Tempatan

Kursus Penguatkuasaan Akta Pengangkutan Jalan 1987(Akta 333) Oleh Warden Lalulintas Pihak Berkuasa Tempatan

Pusat Pengajian Pemahaman Undang-Undang dan Penguatkuasaan, Institut Latihan Perumahan dan Kerajaan Tempatan (I-KPKT) telah menganjurkan Kursus Penguatkuasaan Akta Pengangkutan Jalan 1987(Akta 333) Oleh Warden Lalulintas Pihak Berkuasa Tempatan pada 15 April 2025 yang lalu. Kursus ini telah dijalankan secara ’online’ dan dihadiri oleh kakitangan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seluruh negara. Penceramah kursus ialah En.Mohd Irwan Bin Mat dari Jabatan Undang-Undang dan Pendakwaan Dewan Bandaraya kuala Lumpur (DBKL).

Kursus ini dirancang untuk melatih warden lalu lintas PBT mengenai aspek penguatkuasaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333], dengan fokus kepada peraturan lalu lintas, prosedur penguatkuasaan, dan peranan mereka dalam mengekalkan keselamatan jalan raya di kawasan pentadbiran masing-masing. Ia juga bertujuan untuk memperkukuh pemahaman warden mengenai tanggungjawab dan kuasa mereka di bawah peruntukan undang-undang ini.