Kursus Pengurusan Tanah Persekutuan
I-KPKT dibawah Pusat Pengajian Pemahaman Perundangan dan Pemahaman telah mengadakan Kursus Pengurusan Tanah Persekutuan yang telah berlangsung dengan jaya iaitu pada 12 Februari 2026 yang lalu.
Seramai 150 orang peserta dari pihak berkuasa tempatan seluruh Malaysia dan agensi kerajaan yang berkaitan telah mengikuti kursus ini yang telah disampaikan oleh Encik Asyrizulfitri bin Che Omar, Penolong Pengarah Bahagian Tanah Persekutuan , Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG)
Objektif kursus ini diadakan bertujuan untuk memberi kefahaman menyeluruh tentang prinsip, perundangan, dasar, dan amalan pengurusan tanah Persekutuan di Malaysia bagi memastikan tadbir urus tanah yang cekap, berintegriti, dan mampan.

