Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan/Maklum Balas
Peta Laman

Kursus Penulisan Notis dan Pemberitahuan Kesalahan

Kursus Penulisan Notis dan Pemberitahuan Kesalahan

Institut Latihan Perumahan dan Kerajaan Tempatan (I-KPKT) telah berjaya melaksanakan Kursus Penulisan Notis dan Pemberitahuan Kesalahan secara dalam talian.

Penganjuran kursus ini merupakan satu inisiatif berterusan bagi memperkasakan tahap kefahaman serta kemahiran para pegawai, khususnya yang terlibat dalam penyediaan notis dan pemberitahuan kesalahan, agar selari dengan prosedur dan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

Kementerian amat menitikberatkan aspek ketepatan dan pematuhan prosedur dalam setiap dokumen rasmi yang dikeluarkan, khususnya notis dan pemberitahuan kesalahan yang membawa kesan undang-undang kepada pihak berkepentingan. Usaha ini seiring dengan hasrat kerajaan untuk memastikan penguatkuasaan dilaksanakan dengan cekap, telus, dan berintegriti bagi mengelakkan sebarang isu ketidakpatuhan atau percanggahan prosedur.

I-KPKT merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua peserta dan pihak yang terlibat dalam menjayakan kursus ini.

Ringkasan Program:
  • Nama Kursus: Kursus Penulisan Notis dan Pemberitahuan Kesalahan
  • Tarikh: 28 Julai 2026 (Selasa)
  • Mod Pelaksanaan: Dalam Talian (Online)
  • Anjuran: Institut Latihan Perumahan dan Kerajaan Tempatan (I-KPKT)
  • Kumpulan Sasaran: Pegawai Penyedia Notis & Penguatkuasa PBT / KPKT