Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan/Maklum Balas
Peta Laman

Kursus Penulisan Notis Kompaun Dan Notis Pemberitahuan Kesalahan

Kursus Penulisan Notis Kompaun Dan Notis Pemberitahuan Kesalahan

Pusat Pengajian Pemahaman Undang-Undang dan Penguatkuasaan, Institut Latihan Perumahan dan Kerajaan Tempatan (I-KPKT) telah menganjurkan Kursus Penulisan Notis Kompaun Dan Notis Pemberitahuan Kesalahan pada 29-30 April 2025 yang lalu. Kursus ini telah dijalankan secara bersemuka dan dihadiri oleh 45 peserta dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seluruh negara. Penceramah kursus ialah En.Mohd Irwan Bin Mat dari Jabatan Undang-Undang dan Pendakwaan Dewan Bandaraya kuala Lumpur (DBKL).

Peserta telah didedahkan kepada kaedah serta memahami secara tepat prosedur penulisan notis dan pemberitahuan kesalahan berdasarkan peruntukan undang-undang yang berkaitan.