Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan/Maklum Balas
Peta Laman

Kursus Serahan Saman dan Penyempurnaan Waran Tangkap

Kursus Serahan Saman dan Penyempurnaan Waran Tangkap

I-KPKT di bawah Pusat Pengajian Pemahaman Perundangan dan Penguatkuasaan telah menganjurkan Kursus Serahan Saman dan Penyempurnaan Waran Tangkap. Kursus ini telah disampaikan oleh Penolong Pegawai Undang-Undang Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), iaitu Encik Mohd Irwan bin Mat, sambil dibantu oleh Encik Muhammad Aiman bin Maarof, Ketua Pusat Pengajian Pemahaman Perundangan dan Penguatkuasaan, selaku moderator.

Objektif Kursus

Kursus ini diadakan bagi mendedahkan para peserta kepada kaedah serta kefahaman yang tepat mengenai prosedur penulisan notis dan pemberitahuan kesalahan berdasarkan peruntukan undang-undang yang berkaitan. Di akhir kursus, para peserta diharapkan dapat:

  • Menyenaraikan prosedur serahan saman dan penyempurnaan waran tangkap secara teratur.
  • Mengenal pasti perbezaan antara saman dan waran tangkap mengikut peruntukan undang-undang.
Kehadiran dan Sambutan

Kursus yang berlangsung selama empat jam ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan kehadiran lebih 400 orang peserta daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seluruh Malaysia serta agensi-agensi kerajaan yang berkaitan.

Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua peserta atas penglibatan dan kerjasama yang diberikan.