Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan/Maklum Balas
Peta Laman

Memperkasa Agenda Ekonomi Kitaran: I-KPKT Meterai Memorandum Persefahaman (MoU) Bersama WMAM

Memperkasa Agenda Ekonomi Kitaran: I-KPKT Meterai Memorandum Persefahaman (MoU) Bersama WMAM

Pada 10 Ogos 2026, telah berlangsung Sesi Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Institut Latihan Perumahan dan Kerajaan Tempatan (I-KPKT) dan Waste Management Association of Malaysia (WMAM) berhubung kerjasama dalam bidang pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam.

Kerjasama yang julung kali diadakan antara I-KPKT dengan sebuah persatuan profesional ini bertujuan untuk memperkukuh pembangunan kompetensi, perkongsian kepakaran dan amalan terbaik dalam industri pengurusan sisa pepejal.

Semoga kerjasama strategik antara I-KPKT dan WMAM ini dapat memperkukuh ekosistem pembangunan kapasiti dalam bidang pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam secara lebih menyeluruh, bersepadu serta selaras dengan perkembangan dan amalan semasa industri.