Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan/Maklum Balas
Peta Laman

Penglibatan I-KPKT Sebagai Pempamer dan Pembentang dalam Konvensyen Pihak Berkuasa Tempatan dan Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia Peringkat Kebangsaan 2026

Penglibatan I-KPKT Sebagai Pempamer dan Pembentang dalam Konvensyen Pihak Berkuasa Tempatan dan Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia Peringkat Kebangsaan 2026

Institut Latihan Perumahan dan Kerajaan Tempatan (I-KPKT) telah mencatatkan penglibatan aktif merentasi dua peranan utama sebagai pempamer dan pembentang dalam Konvensyen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Sambutan Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia Peringkat Kebangsaan 2026 yang telah berlangsung pada 12 hingga 13 September 2026 (Sabtu dan Ahad) di Pulau Pinang.

Penyertaan delegasi I-KPKT dlm konvensyen berprestij ini diselaraskan oleh Pendaftar I-KPKT, Encik Muhammad Rasihan bin Arif, bersama barisan urus setia dan pegawai teknikal institut bagi mempromosikan perkhidmatan latihan digital terkini serta sistem pengurusan latihan organisasi.

Pembentangan Inovasi Digital: E-Management System (eMAS) I-KPKT

Pada hari kedua konvensyen iaitu 13 September 2026 (Ahad), I-KPKT telah diberi kepercayaan mengisi slot pembentangan di Pentas Mini melalui Pembentangan 6: E-Management System (eMAS) I-KPKT.

Pembentangan ini memberi fokus kepada peranan sistem eMAS dalam memodenkan tadbir urus pengurusan latihan, pendaftaran kursus, dan pemantauan kompetensi warga kerja PBT secara dalam talian. Inisiatif digitalisasi ini selari dengan aspirasi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam memperkasakan perkhidmatan pintar berteraskan teknologi dan ketelusan.

Reruai Pameran I-KPKT Terima Kunjungan Kepimpinan Tertinggi

Sepanjang dua hari konvensyen berlangsung, reruai pameran I-KPKT menjadi antara tumpuan utama pengunjung dan warga PBT dari seluruh negara. Reruai I-KPKT turut berbesar hati menerima lawatan VVIP daripada kepimpinan tertinggi negara dan kementerian.

Sesi lawatan tersebut memberi peluang kepada I-KPKT untuk mengetengahkan aspirasi pembangunan modal insan PBT serta berkongsi penambahbaikan kualiti kursus yang ditawarkan oleh institut.