Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan/Maklum Balas
Peta Laman

Perbincangan Bagi Penyelarasan Pelaksanaan Kursus Train-The Trainer (TTT) Kepada Tenaga Pengajar Solid Waste Management Intellectual Course (SOSMIC)

Perbincangan Bagi Penyelarasan Pelaksanaan Kursus Train-The Trainer (TTT) Kepada Tenaga Pengajar Solid Waste Management Intellectual Course (SOSMIC)

Tarikh: 7 Januari 2026
Tempat: Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM)

LAPORAN RINGKAS

• AKM memaklumkan bahawa pihaknya melaksanakan kursus asas kenegaraan, seminar kenegaraan serta kursus berkaitan integriti yang menyasarkan pegawai penguat kuasa.


• AKM turut menyatakan hasrat untuk bekerjasama dengan i-KPKT bagi melaksanakan kursus integriti kepada pegawai penguat kuasa di bawah PBT.
• Sekiranya i-KPKT berhasrat melaksanakan kursus asas kenegaraan, permohonan rasmi boleh dikemukakan kepada Ketua Pengarah AKM.


• AKM juga bersedia memberi kerjasama dalam bentuk taklimat berkaitan penyampaian berkesan kepada tenaga pengajar SOSMIC, namun tidak melibatkan pengeluaran pensijilan.


• Selain itu, AKM memohon agar pengisian berkaitan kenegaraan dipertimbangkan untuk dimasukkan sebagai salah satu slot dalam program SOSMIC.