Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan/Maklum Balas
Peta Laman

Program Semarak Ihya’ Ramadan I-KPKT 2025

Program Semarak Ihya’ Ramadan I-KPKT Tahun 2025

Alhamdulillah, pada 25 Mac 2025 (Selasa) / 24 Ramadan 1446H, telah berlangsung dengan jayanya Program Semarak Ihya’ Ramadan I-KPKT Tahun 2025 di Surau I-KPKT, Aras -1. Program ini bertemakan “Menjaga Hubungan Dengan Allah dan Sesama Manusia” dan disampaikan oleh Ustaz Wan Mohd Nazif bin Wan Mahmud.

Pelbagai pengisian telah dijalankan sepanjang program, antaranya:

✅ Ceramah motivasi kerohanian
✅ Solat Maghrib, Isya’ & Terawih berjemaah
✅ Majlis berbuka puasa bersama warga I-KPKT
✅ Jamuan moreh yang mengeratkan ukhuwah

Syukur ke hadrat Allah SWT, program ini telah berjalan lancar dan mendapat sambutan yang baik daripada warga I-KPKT. Semoga program seumpama ini terus menjadi platform memperkukuhkan ukhuwah dan meningkatkan keimanan warga kerja I-KPKT.