Salam Maulidur Rasul 1448H / 2026M
Seluruh warga Institut Latihan Perumahan dan Kerajaan Tempatan (I-KPKT) mengucapkan Salam Maulidur Rasul 1448H / 2026M kepada seluruh umat Islam.
Bersempena sambutan Maulidur Rasul, marilah kita bersama-sama menghayati sirah, keperibadian dan perjuangan junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta mencontohi akhlak Baginda dalam setiap aspek kehidupan.
Semoga semangat kasih sayang, persaudaraan, keikhlasan dan kesederhanaan yang dibawa oleh Rasulullah SAW terus menjadi pedoman dalam membentuk masyarakat yang harmoni, sejahtera dan diberkati.
“MADANI Dihayati, Ummah Diberkati”
25 Ogos 2026 | 12 Rabiulawal 1448H
Dengan ingatan tulus ikhlas daripada
Warga I-KPKT

