Simposium Reformasi Pengurusan Sisa Pepejal Negara 2025
Alhamdulillah, Simposium Reformasi Pengurusan Sisa Pepejal Negara 2025 telah berlangsung dengan jayanya. Majlis ini turut dimeriahkan dengan kehadiran YB Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang telah menyampaikan ucapan dan amanat penting berkaitan usaha reformasi pengurusan sisa pepejal negara ke arah masa depan yang lebih lestari dan berteknologi hijau.
Simposium ini menjadi medan perkongsian ilmu, pengalaman dan solusi antara pelbagai pihak berkepentingan termasuk agensi kerajaan, industri serta komuniti dalam memperkukuh sistem pengurusan sisa pepejal negara.
Tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan simposium ini!

