Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan/Maklum Balas
Peta Laman

Tahniah dan Syabas: Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2025

Tahniah dan Syabas: Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2025

Seluruh Warga I-KPKT merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada pegawai-pegawai yang telah dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi Tahun 2025. Penganugerahan ini telah berlangsung sempena:

  • Majlis: Majlis Apresiasi Kecemerlangan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Tahun 2025
  • Tarikh: 21 Mei 2026 (Khamis)
  • Tempat: Dewan Perdana, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)
Senarai Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2025:
  1. Encik Adi Iskandar Zulkarnain bin Noordin
    • Ketua Pusat Pengajian Perancangan Bandar & Urbanisasi
  2. Encik Muhammad Fairul Hafiz bin Mohd Ghazal
    • Penolong Pegawai Tadbir, Unit Pengurusan Aset dan Stor
  3. Puan Noor Niarita binti Meor Yahya
    • Mantan Penolong Pustakawan (Mantan staf yang telah bersara pada tahun ini)

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan atas segala khidmat bakti, komitmen yang tidak berbelah bahagi, serta mutu kerja cemerlang yang telah dicurahkan sepanjang tahun perkhidmatan. Dedikasi yang ditunjukkan diharapkan dapat menjadi pembakar semangat serta inspirasi kepada seluruh Warga I-KPKT untuk terus memacu kecemerlangan institusi.

Khusus buat Puan Noor Niarita binti Meor Yahya, selamat bersara dan terima kasih atas segala jasa yang telah ditinggalkan demi kemajuan I-KPKT. Semoga hari-hari persaraan ini dipenuhi dengan kebahagiaan dan kesihatan yang berpanjangan.