Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan/Maklum Balas
Peta Laman

Warna-Warni Syawal: Sesi Photoshoot Raya I-KPKT di Taman Pinggiran Sg. Marong

Warna-Warni Syawal: Sesi Photoshoot Raya I-KPKT di Taman Pinggiran Sg. Marong

11 Mac 2026 – Walaupun Ramadan masih berbaki, bahang persiapan Hari Raya Aidilfitri mula dirasai oleh warga Institut Latihan Perumahan dan Kerajaan Tempatan (I-KPKT). Bagi mengabadikan kenangan Syawal tahun ini, satu sesi photoshoot khas telah diadakan dalam suasana penuh kemeriahan.

Keunikan Laman Pelita Raya

Tahun ini, I-KPKT memilih lokasi yang cukup istimewa dan penuh dengan elemen tradisi, iaitu Laman Pelita Raya Bentong yang terletak di Taman Pinggiran Sg. Marong, Bentong.

Sesi pengambaran yang bermula seawal jam 9.30 pagi itu memanfaatkan cahaya matahari pagi dan dekorasi pelita serta suasana kampung yang sinonim dengan identiti Laman Pelita Raya. Pemilihan lokasi ini juga adalah sebagai tanda sokongan I-KPKT terhadap tarikan pelancongan dan kreatif tempatan di daerah Bentong.

Meriah Berwarna-Warni

Kakitangan I-KPKT tampil segak dan anggun mengenakan busana tradisi pelbagai warna, mencerminkan semangat perpaduan dan keceriaan warga kerja. Sesi ini bukan sahaja bertujuan untuk penghasilan bahan grafik korporat dan ucapan raya, malah ia menjadi platform santai bagi mengeratkan hubungan ukhuwah sesama rakan sekerja di luar waktu pejabat.

Nantikan hasil nukilan lensa kreatif kami yang akan menghiasi laman web dan media sosial rasmi I-KPKT menjelang 1 Syawal nanti!