KURSUS PELAN PENGURUSAN TAMAN
Pusat Pengajian Pengurusan Landskap, Institut Latihan Perumahan dan Kerajaan Tempatan (I-KPKT) telah menganjurkan Kursus Pelan Pengurusan Taman pada 8 Hingga 10 April 2025 yang lalu secara bersemuka (fizikal).
Tiga orang penceramah daripada UiTM telah dijemput sebagai tenaga pengajar dan bersama-sama berkongsi ilmu dan pengalaman untuk para peserta. Penceramah yang terdiri daripada:
1. Ts. Dr. Nor Hanisah Mohd Hashim, Kolej Pengajian Alam Bina (KAB); Senior Lecturer, UiTM.
2. Gs. Ts. Dr. Rabiatul Adawiyah Nasir, Kolej Pengajian Alam Bina (KAB); Senior Lecturer UiTM.
3. Encik Firdaus Chek Sulaiman, Kolej Pengajian Alam Bina (KAB), Lecturer, UiTM.
Pelan Pengurusan Taman adalah satu dokumen atau perancangan yang menggariskan cara pengurusan dan pemeliharaan taman atau ruang terbuka untuk memastikan ia berfungsi dengan baik, lestari, dan memberi manfaat kepada masyarakat serta alam sekitar. Pelan ini biasanya merangkumi aspek-aspek berikut Tujuan dan Matlamat Taman, Perancangan Ruang dan Rekabentuk, Pemilihan Tumbuhan dan Landskap, Pengurusan Sumber Alam, Penjagaan dan Pemeliharaan dan Pengurusan Risiko dan Keselamatan.
Kursus dijalankan secara fizikal dan bersemuka dimana telah dihadiri oleh peserta daripada PBT dan Agensi yang terlibat, dimana objektif utama pelaksanaan kursus ini adalah untuk memahami dan merancang salah satu aspek penting dalam mengurus sesuatu taman. Ia merangkumi aspek perancangan aktiviti, sumber manusia, kewangan dan aspek penyelenggaraan. Ini memastikan sesuatu taman itu sentiasa berfungsi selaras dengan keperluan pengguna setempat.
Diharap para peserta dapat mengaplikasikan ilmu dan perkongsian yang dipelajari.

