Kursus Master Gardener (KMG) Modul 1 : Pemilihan, Penanaman dan Penyelenggaraan Selepas Tanam
Pusat Pengajian Pengurusan Landskap, Institut Latihan Perumahan dan Kerajaan Tempatan (I-KPKT) telah menganjurkan Kursus Master Gardener (KMG) Modul 1 pada 28 Hingga 30 April 2025 yang lalu secara bersemuka (fizikal).
Encik Rosslan bin Yaacob daripada Persatuan Arborist Malaysia (PArM) telah dijemput sebagai penceramah dan tenaga pengajar bagi berkongsi ilmu dan pengalaman untuk para peserta.
Kursus Master Gardener – KMG Modul 1: Pemilihan, Penanaman Dan Penyelenggaraan Pokok Selepas Tanam ini menawarkan pendedahan dan pengetahuan teori, kemahiran teknikal (hands-on), dalam dalam menjalankan peranan dan fungsi perancangan, perlaksanaan, pembangunan, penyelenggaraan serta kawal selia landskap khasnya pokok-pokok ameniti di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Kursus dijalankan secara fizikal dan bersemuka dimana telah dihadiri oleh peserta daripada PBT dan Agensi yang terlibat. Kursus ini juga telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Gamuda Land dan Tropical Rainforest Conservation & Research Centre (TRCRC) Elmina.
Diharap para peserta dapat mengaplikasikan ilmu dan perkongsian yang dipelajari.

