Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan/Maklum Balas
Peta Laman

Perbincangan Cadangan Memorandum Kerjasama (MoU) Antara I-KPKT dan WMAM

Perbincangan Cadangan Memorandum Kerjasama (MoU) Antara I-KPKT dan WMAM

Satu sesi perbincangan berhubung cadangan Memorandum Kerjasama (MoU) telah diadakan pada 23 Januari 2026 (Jumaat) bertempat di Ibu Pejabat Waste Management Association of Malaysia (WMAM).

Sesi ini dihadiri oleh YBrs. Pengarah I-KPKT bersama YBrs. Pengerusi WMAM serta pegawai-pegawai kanan daripada kedua-dua organisasi.

Antara intipati utama perbincangan termasuklah:
🔹 Kerjasama Strategik: Penyelarasan penceramah dan penganjuran seminar dalam bidang pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam.
🔹 Pengkongsian Sumber: Cadangan penggunaan fasiliti I-KPKT bagi tujuan latihan dan aktiviti berkaitan.
🔹 Proses Perundangan: Penyediaan draf MoU oleh pihak I-KPKT untuk pembentangan di Mesyuarat Exco WMAM dan seterusnya ke Mesyuarat LPI bagi kelulusan muktamad.

Kedua-dua pihak komited untuk memastikan proses pemeteraian MoU ini dapat direalisasikan sepenuhnya pada tahun 2026 demi memperkasakan mutu perkhidmatan pengurusan sisa pepejal negara.