Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan/Maklum Balas
Peta Laman

Pertandingan Reruai Pameran Inovasi Terbaik sempena Majlis Sambutan Hari Inovasi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Tahun 2026

Pertandingan Reruai Pameran Inovasi Terbaik sempena Majlis Sambutan Hari Inovasi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Tahun 2026

Kumpulan Greenovasi, Institut Latihan Perumahan dan Kerajaan Tempatan (I-KPKT) telah terpilih menyertai Pertandingan Reruai Pameran Inovasi Terbaik sempena Majlis Sambutan Hari Inovasi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Tahun 2026 yang berlangsung pada 30 September 2026 di Ruang Legar Dewan Kristal, KPKT.

Menerusi projek “Inovasi Hijau dalam Pembinaan Jalan: Penggunaan Sisa Plastik Sekali Guna sebagai Bahan Campuran”, Kumpulan Greenovasi I-KPKT mengetengahkan pendekatan inovatif yang menyokong agenda ekonomi kitaran melalui penggunaan semula sisa plastik sekali guna sebagai bahan campuran dalam pembinaan jalan.

Sisa plastik dikumpulkan melalui amalan pengasingan sisa di punca (SAS) dalam kalangan warga I-KPKT serta Program Plogging di Pantai Sepat, Kampung Cherok Paloh, Kuantan. Data kutipan direkodkan menggunakan aplikasi pintar Greenovasi Tracker, yang meningkatkan kecekapan perekodan dengan mengurangkan masa proses merekodkan berat sisa plastik sehingga 75%.

Sisa plastik yang dikumpulkan kemudiannya diproses secara mekanikal dan diadun ke dalam campuran premix untuk digunakan dalam penurapan jalan rintis sepanjang kira-kira 90 meter di I-KPKT.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen I-KPKT dalam membudayakan inovasi hijau, memperkasakan amalan ekonomi kitaran serta meneroka potensi penggunaan semula sisa plastik secara mampan.