Kejayaan I-KPKT Menerima Anugerah Inovasi Harapan Sempena Majlis Sambutan Hari Inovasi KPKT Tahun 2026
Institut Latihan Perumahan dan Kerajaan Tempatan (I-KPKT) telah melakar kejayaan apabila Kumpulan Greenovasi berjaya meraih Anugerah Inovasi Harapan bagi Kategori Bahagian/Unit sempena Majlis Sambutan Hari Inovasi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (HIKPKT) Tahun 2026 yang berlangsung pada 1 Oktober 2026 di Dewan Kristal, KPKT.
Majlis Sambutan Hari Inovasi KPKT (HIKPKT) 2026
Anugerah tersebut diberikan menerusi projek “Inovasi Hijau dalam Pembinaan Jalan: Penggunaan Sisa Plastik Sekali Guna sebagai Bahan Campuran”, yang mengetengahkan pendekatan inovatif dalam penggunaan semula sisa plastik sebagai bahan campuran pembinaan jalan, selaras dengan agenda ekonomi kitaran dan pengurusan sisa pepejal yang mampan.


HIKPKT 2026 mempertandingkan sembilan kategori dengan penyertaan sebanyak 54 projek inovasi, merangkumi 43 projek Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) serta 11 projek Anugerah Inovasi Menteri (AIM). Penganjuran ini bertujuan mengiktiraf kreativiti dan inovasi warga KPKT dalam meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam serta memupuk budaya inovasi dalam organisasi.
Kejayaan ini melayakkan Kumpulan Greenovasi I-KPKT menerima sebuah trofi, sijil penghargaan dan hadiah wang tunai sebanyak RM1,000. Pencapaian ini mencerminkan komitmen I-KPKT dalam memperkukuh budaya inovasi, meneroka penyelesaian kreatif serta menyokong pembangunan amalan hijau yang mampan.






