Kursus GIS Dalam Perancangan: Penggunaan QGIS Untuk Kakitangan Jabatan Perancangan Bandar Dan Wilayah Negeri Sabah Siri 2 (Modul Analisis)
Tarikh : 25-27 Februari 2025
Tempat : Jabatan Perancangan Bandar Dan Wilayah Negeri Sabah, Wisma Tun Fuad Stephens, Kota Kinabalu, Sabah.
Penceramah : Gs. Haji Mohd. Ali Bin Abu Bakar
Geographical Information System (GIS) merupakan antara sistem sokongan yang utama bagi bidang perancangan bandar serta bidang-bidang lain yang berkaitan. Pendedahan dan kemahiran kepada aplikasi ini dapat membantu melancarkan tugasan harian bagi perancang bandar.
Topik perkongsian dalam sesi kursus ini merangkumi perkongsian maklumat berkaitan:
1. Memberi latihan kepada perancang bandar berkaitan penggunaan Q-GIS di dalam kerja seharian mereka.
2. Meningkatkan kefahaman dan kebolehupayaan perancang bandar di dalam mengoperasikan Q-GIS ini di dalam tugasan mereka.
3. Melahirkan perancang bandar yang mahir dan terlatih di dalam penggunaan Q-GIS.

