Kemudahan Perpustakaan
Sumber rujukan dan ruang pembelajaran yang kondusif.
-
Bacaan Bahan-bahan Bercetak
-
Akhbar Tempatan
-
Kandungan Majalah Terkini
-
Ruang Perbincangan
-
Internet
PENGENALAN
Institut Latihan Perumahan dan Kerajaan Tempatan (I-KPKT) adalah berhasrat untuk menjadikan perpustakaan sebagai pusat rujukan yang menyediakan maklumat berkaitan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Pihak Berkuasa Tempatan mengenai dasar-dasar semasa kerajaan yang secara langsung menyentuh pembangunan penempatan manusia dan kerajaan tempatan seperti Dasar Perbandaran Negara, Dasar Perumahan Negara, Dasar Pengurusan Sisa Pepejal Negara dan lain-lain.
OBJEKTIF
- Berfungsi sebagai Pusat Maklumat dan Rujukan kepada kakitangan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan dan Pihak Berkuasa Tempatan serta peserta kursus.
- Membantu dan memberi sokongan kepada Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan dan Pihak Berkuasa Tempatan dalam menjalankan penyelidikan dan penyimpanan serta pengumpulan maklumat yang berkaitan dengan perancangan bandar dan urbanisasi, pengurusan sisa pepejal, perumahan, kerajaan tempatan, pengurusan landskap, dan pemahaman perundangan dan penguatkuasaan.
WAKTU PERKHIDMATAN
Hari Waktu Perkhidmatan Isnin – Jumaat 8.00 pagi – 5.00 petang Sabtu, Ahad, & Cuti Am Perpustakaan Tutup Waktu perkhidmatan selain daripada waktu di atas adalah mengikut keperluan dan atas permintaan pelanggan.
