Kursus Tree Preservation Order (Akta 172)
Pusat Pengajian Pemahaman Undang-Undang dan Penguatkuasaan, Institut Latihan Perumahan dan Kerajaan Tempatan (I-KPKT) telah menganjurkan Kursus Tree Preservation Order (akta 172) pada 25 Febuari 2025 yang lalu. Kursus ini telah dijalankan secara ’online’ dan dihadiri oleh kakitangan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan agensi kerajaan berkaitan dari seluruh negara.Kursus ini dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Perancang Bandar Dan Wilayah (PLANMalaysia).Penceramah kursus ialah En.Mazlan Bin Mohd dari Bahagian Kawalselia Perancang PLANMalaysia.
Kursus ini diadakan bertujuan mendedahkan kepada para peserta berhubung kepentingan pemeliharaan pokok serta perintah pemeliharaan pokok berdasarkan Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172), pindaan 1995 [Akta A933] Matlamat akhir kursus ini adalah untuk memberikan kefahaman berhubung pelaksanaan dan penguatkuasaan undang-undang ini di peringkat PBT.

