Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan/Maklum Balas
Peta Laman

I-KPKT Laksana Program Gotong-Royong Memasak Bubur Lambuk: 600 Bekas Diagihkan

I-KPKT Laksana Program Gotong-Royong Memasak Bubur Lambuk: 600 Bekas Diagihkan

Masuk hari ke-15 Ramadan, aroma rempah ratus bubur lambuk mula memenuhi ruang udara di I-KPKT! 🍲

Pada Khamis lalu, satu program gotong-royong telah diadakan bagi menyediakan hidangan berbuka puasa yang paling dinantikan setiap kali Ramadan. Bukan senang nak sediakan 600 bekas, tapi dengan kerjasama “teamwork” yang mantap, semuanya berjalan lancar.

Siapa yang dapat? Agihan kali ini merangkumi warga I-KPKT sendiri, para peserta kursus yang gigih menuntut ilmu, dan tidak dilupakan jiran tetangga kita di komuniti Berjaya Hills.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Dari yang memotong bawang sehinggalah ke pasukan agihan, anda memang terbaik! Semoga usaha murni ini mendapat ganjaran pahala yang berlipat kali ganda. Amin.